14Disember2018

DAP buat laporan polis terhadap pemimpin PAS

Laporan polis dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kerana menuduh Lim Guan Eng sebagai anti Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, tuduhan Razman itu dilihat sengaja ingin membangkitkan sentimen perkauman dalam kalangan orang Melayu terhadapnya dan pemimpin-pemimpin DAP.

Jelasnya, beliau hanya menasihatkan ahli dan pemimpin DAP supaya tidak menerima sebarang gelaran Datuk kerana mereka perlu mengutamakan khidmat bakti kepada masyarakat terlebih dahulu.

“PAS nampaknya sudah hilang modal sampai menggunakan perkara yang tak wujud langsung untuk membangkitkan permusuhan.

“Tindakannya itu sesuatu yang tidak bertanggungjawab, saya akan minta tindakan diambil daripada segi perundangan dan jenayah,” katanya yang juga Setiausaha Agung DAP kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Razman yang juga Bendahari PAS berucap dalam Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak berkata, keputusan DAP untuk tidak menerima gelaran dan pangkat dari istana adalah tanda biadab parti terbabit kepada raja-raja Melayu.-19/11/2018 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 506  tetamu dalam talian