16Oktober2018

Dakwa Najib sebab PH terdesak laksana janji manifesto

Tuduhan mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan pihak pendakwaan sedang dalam cubaan terdesak untuk penuhi segala janji manifesto politik kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Demikian rumusan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa sidang akhbar selepas Najib dibebas dengan ikat jamin atas 24 tuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

Menurut beliau, pertuduhan tersebut juga tidak cukup kuat apatah lagi mampu untuk menghukum pelanggannya kerana Najib sendiri telah mengembalikan 90 peratus daripada dana yang diterimanya kepada akaun penderma.

“Saya berasa agak terkejut dan pada masa yang sama gembira dengan jenis tuduhan yang mereka kemukakan kerana ia adalah tuduhan yang terdesak. Ini jelas menunjukkan bahawa pihak berkuasa memang agak terdesak.

“Hanya untuk bawa pertuduhan yang berkaitan dengan skandal 1MDB (ke mahkamah) supaya mereka boleh tunai kewajipan terhadap manifesto PH ketika PRU (Pilihan Raya Umum),” kata Muhammad Shafee dalam nada sinis.

Beliau berkata Najib telah memulangkan sejumlah AS$651 juta pada bulan Jun, Julai dan Ogos 2013 kepada Arab Saudi, selepas PRU ke-13 berakhir kerana selesai dengan perbelanjaan yang berkaitan dengan kempen politik.

Ditanya mengenai buku berjudul Billion Dollar Whale ditulis oleh Tom Wright dan Bradley Hope yang mendakwa bahawa Najib telah diperdayakan oleh ahli perniagaan dikehendaki polis, Jho Low, peguam itu menjawab:

“Jika buku itu boleh dijadikan sebagai bukti, ia sangat menarik. Buku itu mungkin mengesahkan bahawa Jho Low sebenarnya memperdayakan rakyat termasuk Najib sendiri sebagai mangsanya,” kata Muhammad Shafee.-21/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 451  tetamu dalam talian