25September2018

China tuntut pampasan yang adil dari kerajaan Malaysia

China Petroleum Pipeline Engineering Co., Ltd (CPP) meneruskan perbincangan dengan kerajaan Malaysia, untuk pampasan yang adil dan saksama, bagi pembatalan projek di negara ini.

Dalam kenyataan Selasa, syarikat itu berkata ia menerima keputusan kerajaan untuk membatalkan projek Multi-Product Pipeline (MPP), Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) dan satu lagi projek saluran paip, yang menghubungkan Melaka dengan kilang penapisan dan petrokimia Petronas di Johor.

“CPP memahami dan menghormati bahawa keputusan itu atas sebab ekonomi dan kewangan,” katanya.

Susulan daripada pembatalan itu, ia akan menugaskan semula kakitangan, tempatan dan asing, yang sebelum ini ditugaskan untuk projek saluran paip itu kepada usaha lain di Malaysia dan negara lain.

CPP berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan dalam projek saluran paip pada masa depan dan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Malaysia.-12/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 351  tetamu dalam talian