17November2018

Calon BN Sungai Manik tak `gentar’ lawan empat penjuru

Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin tidak `gentar’ berdepan tiga calon parti lawan pada PRU14 ini.

Malah beliau menganggap senario itu sebagai proses biasa dan optimis dapat terus mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

Zainol  juga beranggapan akan ada nanti calon-calon ini yang akan hilang wang pertaruhan.

``Apapun pertandingan ini saya anggap sebagai proses biasalah …kalau mengikut tradisi sebelum ini dua penjuru kebiasaannya yang tanding dengan  saya …tanding dengan calon BN tak pernah hilang wang pertaruhan.

``Apabila empat penjuru ini, saya beranggapan akan ada calon-calon yang akan hilang wang pertaruhan ..jadi sebut dalam soal ini bukan soal kita nak mendabik dada tapi saya rasa dah melaksanakan tugas dan amanah selama dua penggal ni selepas PRU13pun saya dah melaksanakan pelbagai program untuk rakyat di kawasan saya.

``Saya bukan wakil rakyat yang bermusim saya ada aktiviti dan ada webside sendiri facbeook instagram yang menunjukkan aktiviti saya sebab gambar tidak boleh menipu gambar boleh mengambarkan apa yang kita lakukan,’’ katanya kepada Agendadaily pada Isnin.

Ditanya mengapa pembangkang berminat bematian bertanding kerusi DUN Sungai Manik pada kali ini, katanya sebenarnya mereka berminat nak menjatuhkan wakil rakyat sedia.      

``Ramai pembangkang yang berminat nak menjatuhkan wakil rakyat sedia ada saya yakin mungkin mereka rasa nak hantar dua orang tak cukup kena hantar tiga orang baru boleh jatuhkan BN di DUN Sungai Manik.

``Ini juga menunjukkan kerusi DUN Sungai Manik dianggap unik dari segi komposisi pengundi…saya ada hamp;ir 7,000 pengundi Cina kemudian ada 1,200 pengundi India, hampir 1,000 pengundi orang asli dan selebihnya daripada 26,000 itu adalah orang Melayu’’ katanya.

Dalam kontek ini, katanya beliau berpendapat pengundi di Sungai Manik bijak membuat penilaian atas rekod baik BN selama ini dan mereka tidak mudah termakan janji kosong dan tohmahan pembangkang.

Pada PRU14 nanti, Zainol dicabar calon Berjaya, Dr Mustapa Kamal Maulut, Mohamad Maharani Mohd Tasi calon PKR dan calon PAS, Yusoff Abdullah.-1/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 511  tetamu dalam talian