16Oktober2018

Bursa Malaysia susut teruk... sudah bawah 1,700 mata

Bursa Malaysia meneruskan kerugian pada pembukaan hari ini, sejajar dengan prestasi lebih lemah di Wall Street susulan kebimbangan berhubung prospek pertumbuhan global.

Pada jam 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 41.45 mata kepada 1,693.73 daripada 1,735.18 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka 35.42 mata lebih lemah kepada 1,699.76.

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) susut susulan kejatuhan mendadak dalam kaunter teknologi di tengah-tengah kebimbangan berhubung kenaikan kadar faedah.

Ia juga sama apabila pasaran saham Eropah turut terjejas dengan kerugian besar diterajui oleh kaunter perlombongan dan teknologi.

Di papan skor, kaunter rugi mengatasi untuk dengan 765 berbalas 40, dengan 110 tidak berubah, 957 tidak didagangkan dan 17 digantung.

Di tengah-tengah dagangan aktif, jumlah dagangan berada pada 575.62 juta unit saham bernilai RM323.04 juta.-11/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 629  tetamu dalam talian