15Ogos2018

BN Terengganu umum calon 10.30 pagi Ahad...

Hujung minggu yang sibuk bagi jentera BN... selain Wilayan Persekutuan, Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Ahad.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar, Pengerusi BN Negeri dan Badan Perhubungan UMNO Negeri merangkap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman akan membuat pengumuman itu di kediaman rasminya di Seri Iman pada 10.30 pagi.

Ahmad Razif semalam mengumumkan akan bertanding dan mempertahankan kerusi yang disandangnya, iaitu DUN Seberang Takir pada PRU14.

Beliau turut mengesahkan beberapa nama calon lagi yang bakal bertanding di DUN dan Parlimen Kuala Nerus termasuk pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Datuk Basir Ismail, Tuan Arif Sahibul Fadilah Tuan Ahmad dan Che Mansor Salleh.

Ahmad Razif turut menunaikan janji BN negeri apabila turut mengemukakan calon wanita yang akan bertanding pada PRU kali ini iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin.

Turut bertanding, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang dicalonkan di Parlimen Kuala Terengganu.

Pada PRU13, BN berjaya membentuk kerajaan di Terengganu selepas memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN dan menguasai empat daripada lapan kerusi Parlimen negeri itu.-21/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 701  tetamu dalam talian