23November2017

Bekas ADUN dedahkan taktik kotar DAP menjelang PRU14

Bekas ADUN DAP DUN Malim Nawar Perak, Datuk Kesvinder Singh  mendedahkan niat jahat Pakatan Harapan (PH) yang begitu beria-ia memainkan isu pengundi hantu kerana mahu mengambarkan seolah-olah BN cuba menipu rakyat

Menurutnya isu pengundi hantu ini dimainkan bukan sahaja untuk mendapat publisiti murahan tetapi juga meraih simpati pengundi supaya menyokong DAP dalam Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum ke 14 (PRU ke-14) nanti.

``Inilah mainan wayang DAP dan Pakatan Harapan …mereka nak publisiti murahan, nak supaya pengundi rasa belas kasihan kepada mereka dan memberikan undi kepada pakatan harapan itulah matlamat utama mereka.

``Mereka cuba nak kelirukan pengundi supaya jangan mengundi BN, mereka hendak mengambarkan BN sebagai jahat, menipu sebenarnya itulah niat pakatan harapan,’’ katanya.

Menurut Kesvinder sebagai wakil rakyat  dan orang politik, Nga Kor Ming (Pengerusi DAP negeri) perlu bersikap matang dan bukan kebudak-budakan kerana menuntut BN meminta maaf kepadanya dan Pakatan Harapan dengan menuduh kononnya BN  membawa 165,000 pengundi hantu.

``Kita ada peraturan, undang-undang  dan saluran yang betul…bantahan boleh dibuat kepada SPR sebagai sebuah badan bebas..bukan suruh BN minta maaf di public.

``Jangan libatkan pemimpin BN, you siapa?..mengapa pula you libatkan BN sebab SPR sebagai sebuah badan bebas mempunyai peranan dalam hal daftar pengundi ini..so jangan libatkan BN dalam hal pengundi hantu ini,’’ tegasnya.

Kesvinder turut mendedahkan sepanjang pengalamannya menjadi wakil rakyat DAP, pemimpin parti itu tidak menghormati orang bawahan mereka.

``Kita orang bawahan tidak dihormati di mana keputusan-keputusan dan cadangan kita bukan selalu diterima oleh mereka,’’ katanya.

Terdahulu para pemimpin BN Perak termasuk Menteri Besar dan Datuk Saarani Mohamad membidas pembangkang yang mengheret BN dalam isu pengundi hantu. Ia urusan SPR, kata mereka.

Tetapi pembangkang di Perak tidak puas hati telah membuat laporan polis berhubung isu sama mendakwa mereka ada bukti kepada tuduhan mereka itu.-19/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 659  tetamu dalam talian