19Julai2018

Azmin marah pendedahan blogger “Toyol of Selangor”

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak tuduhan bahawa beliau dan sekutunya mempunyai lebih RM300 juta yang disembunyikan di luar negara.

Bercakap kepada media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri hari ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menyifatkan tuduhan itu sebagai 'politik kotor'.

Azmin berkata sekiranya dirinya seorang yang kaya raya, beliau tidak perlu lagi menjadi seorang ahli politik.

"Saya tak nak layan politik kotor.

"Kalau saya ada lebih RM300 juta, saya tidak ada lagi dalam Keadilan (PKR), betul?" katanya.

Sejak mengambil alih pentadbiran Selangor pada tahun 2009, beliau berkata, pemimpin Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat telah menjadikan amalan untuk mengiystiharkan harta mereka.

Azmin berkata demikian merujuk kepada tuduhan yang dibuat oleh blogger  'Toyol Of Selangor' yang mendakwa telah bekerja untuk beliau ebelum ini.

Blogger itu mendakwa dalam tulisan di blog pada 18 Jun lalu bahawa Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin mempunyai banyak akaun bank di luar negara.

Pendedahan blogger "Toyol of Selangor" boleh diikut di sini. -25/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 553  tetamu dalam talian