20September2018

60 ribu orang asli di Perak peroleh berita gembira

Menjelang PRU ke14 awal bulan depan, kira-kira 60,000 masyarakat orang asli  di Perak memperoleh berita gembira apabila kerajaan negeri sedang dan akan terus mewartakan tempat penempatan mereka.

Menteri Besar Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata setakat ini kerajaan negeri telah mewartakan 13,652 hektar tanah penempatan orang asli dan proses untuk pewartaan tempat lain akan juga diteruskan.

Menurut beliau, Perak merupakan negeri pertama dalam negara yang melaksanakan pewartaan tempat kediaman masyarakat orang asli.

``Kita harap dapat terus  laksanakan dan memastikan penempatan orang asli diwartakan di negeri ini ,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis perjumpaan pemimpin-pemimpin masyarakat orang asli bersama YAB Menteri Besar di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Ditanya apakah dengan pewartaan penempataan orang asli ini menandakan keajaan negeri sudah menyelesaikan keperluan asas mereka seperti elektrik dan jalan raya, Dr Zambry berkata, kerajaan negeri akan meneruskan apa-apa keperluan dalam membantu menyediakan frasarana itu.

``Kita akan meneruskan apa keperluan bagi menyediakan prasarana itu kerana kita perlu tahu kawasan penempatan orang asli berada dipelbagai tempat dalam kawasan yang luas.

``Ini tidak bermakna kerajaan Perak tidak melakukan apa-apa tapi akan terus melaksanakan dan sebahagian tempat contohnya kawasan jalan raya nak ke Kuala Mu yang dulunya memakan masa lapan jam kini dapat kita singkatkan kepada hanya 45 minit untuk sampai ke sana.

``Begitu juga sekolah... boleh kita katakan dapat kita laksanakan dihampir kesemua tempat yuang mempunyai  pendudukan orang asli....di Jernang dikawasan Pengkalan Hulu, Sungai Siput malah ada sebuah sekolah asrama pertama orang asli kita sediakan di Baung, Sungai Siput.

``Ini merupakan antara bagaimana kita berusaha bersungguh-sungguh membela masyarakat orang asli supaya suatu hari nanti mereka akan berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan mereka.'' kata Dr Zambry.

Terdahulu dalam ucapannya Dr Zambry berpesan kepada 259 tok batin yang hadir supaya berhati-hati dan tidak makan janji dan pembohongan yang dibuat oleh kelompok tertentu yang tidak diketahui latar belakang mereka  terutama ketika musim pilihanraya ini.

``Saya ingat lagi waktu datang bertemu tok batin....saya mendengar suara tok batin...saya dengar nasihat tok batin sewaktu kita semua wakil rakyat  duduk bersama bincang dengar pandangan orang asli.

``Jangan hanya kita nak menabur janji itu, janji ini tambah sekarang waktu nak pilihan raya ini macam-macam orang datang tabur itu tabur ini...kalau kami jadi kerajaan bagi itulah bagi inilah...macam inilah macam itulah...selepas dia buat atau tidak.

``Itulah kita nak tengok betul-betul, sebab itulah tok batin tahu perangai saya..saya tak akan sebut benda yang kita tak boleh buat...saya tidak berbohong kerana saya dah sebut kepada tok batin...saya belajar daripada masyarakat orang asli ...semangat orang asli jangan cakap bohong,'' kata Dr Zambry.

Sementara itu wakil 259 tok batin orang asli negeri Perak, Batin Sahar Hussin dalam ucapannya berkata kerajaan BN yang ada sekrang patut diberi mandat sekali lagi bagi memaju negara ke arah kecemerlangan.

Beliau optimis masyarakat orang asli di Perak akan berdiri teguh dibelakang Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk terus menerajui negeri Perak.

``Populasi  masyarakat orang Asli sehingga kini berjumlah 60,426 orang ...walaupun jumlah ini  namun sumbangan kami kepada kerajaan tidak perlu dipertikaikan.

``Setelah sekian lama ka mi merupakan tulang belakang dan sentiasa menyokong kepimpinan pihak kerajaan..banyak kemajuan yang telah dibawa pihak kerajaan kepada kami.

``Ada diantara kami yan g telah berjaya dalam bidang dan profesion masing-masing ada yang telah menjadi Senator, profesor , doktor, peguam jurutera dan tidak kurang memegang jawatan tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta.' katanya.-12/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 671  tetamu dalam talian