21Oktober2017

120,000 ahli MIC tidak berdaftar sebagai pengundi

Kurang kesedaran di kalangan ahli cawangan MIC adalah antara sebab utama terdapat kira-kira 120,000 anggota parti tidak berdaftar sebagai pengundi, kata Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.

“Mereka tidak ambil tahu tentang sistem politik negara, yang demikian kita perlu melakukan usaha lebih giat untuk mendorong mereka menjadi pengundi,” kata beliau.

Subramaniam berkata MIC masih dalam proses mengenal pasti anggota parti di seluruh negara yang belum berdaftar sebagai pengundi dan meminta mereka berbuat demikian menjelang 15 Jun.

Sebelum ini, Subramaniam dilaporkan berkata parti itu mensasarkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya 90,000 anggota MIC yang masih belum berbuat demikian.-18/5/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 997  tetamu dalam talian