23Oktober2017

Yakin dengan Zakaria... Saham FGV ditutup lebih tinggi

Saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) ditutup 2.33 peratus atau empat sen lebih tinggi kepada RM1.76 di Bursa Malaysia pada Selasa, didorong laporan berita bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Datuk Zakaria Arshad akan menyambung kembali tugasnya pada 16 Okt.

Saham itu meningkat setinggi RM1.77 dalam dagangan harian, paras tertinggi sejak 19 Jun, 2017.

Sejumlah 9.54 juta saham diniagakan.
 
Sementara itu, dalam notanya Kenanga Investment Bank (IB) Bhd berkata, laporan berita tersebut dilihat positif walaupun terdapat kesan perolehan yang minimum, memandangkan penyambungan tugas Zakaria sebagai CEO sewajarnya meredakan ketidaktentuan mengenai hala tuju FGV.

"Tiada sebarang perubahan kepada perolehan, mengulangi penilaian neutral saham dengan harga sasaran lebih tinggi pada RM1.85 memandangkan ketidaktentuan yang lebih lemah sewajarnya meningkatkan keyakinan pelabur.

"Bagaimanapun, unjuran kekal 'neutral'," menurut Kenanga IB.-11/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 727  tetamu dalam talian