19September2017

Utama kemenangan PRU14, bukan pemilihan MT UMNO

Veteran UMNO mengingatkan kesemua pemimpin yang berhasrat untuk bertanding merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO (MT UMNO) agar melupakan perkara tersebut.

Menurut Setiausha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, pemimpin yang mempunyai niat untuk merebut jawatan seharusnya memberi tumpuan mencipta kemenangan PRU14 daripada ghairah merancang dan menyusun strategi untuk memenangi jawatan dalam pucuk pimpinan parti.

“Perlu dingat, Veteran mempunyai kuasa undi antara 20% – 30% dari jumlah perwakilan disemua bahagian.

“Veteran akan menggerakkan ahlinya bagi mempastikan hanya calon yang menang dalam PRU14 sahaja yang perlu diundi selain ketokohan dan kebersihan mereka untuk menduduki MT.

“Veteran akan menolak calun-calun yang tidak amanah, mencari kekayaan peribadi dan keluarga serta tidak berintegriti walaupun mereka terdiri dari kalangan menteri dan timbalan menteri.

“Veteran UMNO hanya akan menyokong mereka yang.menang dalam PRU14 sahaja untuk dipilih dalam MT.

“Veteran mendapat maklum balas ada dikalangan mereka yang ingin menawarkan diri untuk bertanding telah ‘membeli’ bahagian-bahagian tertentu supaya menjemput mereka merasmikan persidangan bahagian. Perbuatan ini amat tidak bermaruah dan ada unsur-unsur rasuah.

“Sepatutnya mereka dijemput oleh bahagian atas kerelaan bahagian dan bukan dengan sogokan. Veteran akan mengarah semua ahlinya supaya menolak mereka ini demi untuk mengujudkan satu barisan MT yang kuat, bersih dan berwibawa.

“Veteran juga akan menolak semua calon-calon yang tidak setia kepada Presiden parti dan tidak berpendirian serta mencari jalan selamat ketika Presiden dilanda krisis dan diserang oleh pembangkang,” kata Mustapha lagi.-15/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 709  tetamu dalam talian