23November2017

Usul tergempar mengenai banjir dibahaskan...

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menerima usul tergempar dari DAP, bagi membahaskan isu banjir yang teruk melanda Pulau Pinang dan sebahagian negeri Kedah.
 
Usul berkenaan yang dibawa Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik akan dibahaskan di persidangan kamar khas di Dewan Rakyat petang ini.
 
Pandikar berkata perkara itu adalah selaras dengan tiga syarat iaitu melibatkan perkara khusus, mendesak dan kepentingan umum - dan dengan itu dibenarkan dibahaskan di dalam dewan.
 
Perbahasan akan berlangsung di kamar khas pada pukul 2.30 petang.
 
Dalam ucapannya, Ng berkata perkara itu perlu dibincangkan untuk mewujudkan kaedah yang lebih berkesan dalam menangani bencana itu.
 
"Kerjasama yang erat perlu dibentuk antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk menghadapi sebarang bencana dengan cara yang berkesan," kata Ng.-8/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 649  tetamu dalam talian