19Jun2018

UMNO Gopeng buka PDM bantu veteren bergerak...

UMNO bahagian Gopeng mengumumkan bakal membuka dan memberi peluang kepada golongan veteran UMNO bergerak melalui pembukaan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi Parlimen Gopeng.      

Menurut Ketuanya Senator Datuk Hamzah Kassim, ini sekaligus menjadikan UMNO Gopeng bahagian pertama yang membuka PDM bagi membantu gerak kerja jentera parti bagi memenangkan calon-calon BN.

Beliau menghargai khidmat bakti  golongan veteran UMNO  ini bahkan yakin mereka masih ditagih bagi membantu menajamkan jentera gerak kerja parti.

Katanya UMNO bahagian mengambil keputusan membuka PDM memandangkan veteran UMNO khasnya di Parlimen Gopeng lebih mengetahui keadaan sebenar pengundi-pengundi di kalangan mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Veteran UMNO negeri Perak di perkarangan Dewan Dato' Ahmad Said, Sungai Rokam pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Veteran UMNO negeri Perak, Datuk Abdul Khalid Nasir dan Ketua Penerangan Veteran Perak, Datuk Mohamed Sani Supi.

Menurut beliau, UMNO Gopeng kini mempunyai 43 PDM dan penubuhan PDM veteran ini akan dapat memantapkan lagi jentera gerak kerja parti dalam menghadapi pihak lawan pada PRU ke 14 nanti.-8/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 758  tetamu dalam talian