23November2017

Umat Islam bantu bersih gereja di Sabah

Rakyat Sabah menunjukkan cara bersatu padu dan toleransi agama apabila beberapa umat Islam membantu membersihkan Gereja St Paul di Kampung Sinalapak.

Pelatih dan kakitangan beragama Islam dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut menyertai gotong-royong dengan penuh muhibah.
 
The Borneo Post melaporkan Timbalan Pengarah IKBN Kinarut, Suhaidi Mustar; Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Fatimah Abdul Rahman; wakil gereja, Rosenani Kiting dan ketua
kampung Dunsim Gimbatu turut serta dalam gotong-royong itu yang dirasmikan Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.
 
“Sangat gembira melihat (pegawai dan pelatih Islam dari IKBN Kinarut) menyertai gotong-royong ini,” kata Joniston.
 
Beliau berkata, tindakan sedemikian amat bermakna ketika sesetengah pihak mendakwa kebebasan beragama di Sabah terancam.
 
Gotong-royong itu anjuran bersama IKBN Kinarut serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sinalapak.
 
Selain membersihkan gereja itu dengan cat baharu, pelatih juga memasang kipas dan atap baharu di koridor.
 
Rosenani berterima kasih kepada IKBN Kinarut kerana memilih gereja itu untuk menyertai projek gotong-royong mereka.-14/11/2017
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 657  tetamu dalam talian