22September2018

Teguran kepada yang bakal bertanding pada Pemilihan UMNO

Hebat calon calon Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda dan Puteri (EXCO) UMNO pada pemilihan 2018 - 2021.

Di sini penulis ingin memberikan satu teguran yang serius kepada para calon calon di sayap Pemuda dan Puteri UMNO yang menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini.

Tahukah calon calon di setiap sayap sayap didalam UMNO ada cara dan matlamat dalam kerjanya tersendiri. Penulis secara peribadi lihat apa tugas dan fungsi EXCO Pemuda dan Puteri ini.

CONTOHNYA, bagi yang bertanding itu tetapi tak tahu cara kerja bagi jawatan itu, lebih baik duduk diam tepi jangan bertanding. Setakat sembang berdegar degar nak reformasi, ubah cara, nak perbetul dan macam macam kata kata penyedap bicara. Tapi tugas dan fungsi tak tahu apa benda? Fahami tanggungjawab bukan nak cari populariti.

Penulis terlibat dengan kerja kerja bersama sayap sayap parti sebelum ini walaupun penulis sekadar dibalik tabir.

Penulis tahu peranan (Exco) mereka dan apa yang mereka usahakan bukan beroleh hasil dalam setahun dua malah memerlukan pergorbanan masa, tenaga dan komitmen yang tinggi.

Kepada yang bertanding kali ini promosikanlah diri anda tentang kebolehan, kecerdasan, kemampuan untuk membantu parti TERUTAMA membantu para perwakilan untuk memilih diri anda. Bukan membanding tara tentang orang lain.

"Kita tidak patut hairan jika orang bercakap buruk tentang diri kita. Tetapi kita patut hairan pada diri kita bercakap tentang buruk orang lain"

Sekadar menegur, Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri saya sendiri.

Wallahualam..

Daeng Selili
21/6/2018
*gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 486  tetamu dalam talian