21Jun2018

Tarif gas asli lebih tinggi pada 1 Julai...

Gas Malaysia Bhd akan menyemak semula tarif gas asli bagi sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia bagi tempoh dari 1 Julai, 2018 hingga 31 Dis, 2018.
 
Pengedar gas asli itu berkata kerajaan telah meluluskan semakan semula itu pada 12 Jun, 2018 melalui surat daripada Suruhanjaya Tenaga.
 
Di bawah rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR), yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan selama tiga tahun bermula Januari 2017, perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme Kos Gas Untuk Dilepaskan (GCPT) akan dibenarkan setiap enam bulan.
 
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gas Malaysia berkata purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per satu juta unit termal British (MMBtu) untuk tempoh enam bulan mulai 1 Julai hingga 31 Dis, 2018, sejajar dengan pengumumannya pada 28 Dis, 2016.
 
"Di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan sebanyak RM0.77 per MMBtu akan dikenakan ke atas semua kategori tarif disebabkan kos gas sebenar yang lebih tinggi berbanding kos rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh tersebut.
 
"Ini bermakna tarif efektif purata pada RM32.69 per MMBtu," katanya.
 
Pada masa ini, purata tarif asas ditetapkan pada RM30.90 per MMBtu.
 
Gas Malaysia berkata walaupun semakan semula tarif itu tidak memberi impak yang ketara kepada operasi perniagaannya, dijangka menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018.
 
 
Berikut adalah tarif efektif yang disemak semula selepas GCPT berdasarkan penggunaan tahunan:
 
- Pengguna kediaman akan membayar RM23.80 per MMBtu.
 
- Pelanggan bukan kediaman yang menggunakan sehingga 600 MMBtu setahun akan membayar kadar tarif sebanyak RM30.50 per MMBtu.
 
- Penggunaan antara 601-5,000 MMBtu: RM30.65 per MMBtu.
 
- Penggunaan antara 5,001-50,000 MMBtu: RM30.96 per MMBtu.
 
- Penggunaan antara 50,001-200,000 MMBtu: RM32.26 per MMBtu
 
- Penggunaan antara 200,001-750,000 MMBtu: RM32.26 per MMBtu.
 
- Penggunaan melebihi 750,000 MMBtu: RM33.32 per MMBtu.- 13/6/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 927  tetamu dalam talian