Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Syed Zakir Syed Othman (gambar) atau dikenali SM Zakir dipilih pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2010/2011.
Beliau memenangi hadiah wang tunai RM10,000 apabila kumpulan cerpennya, Serigala dan Sekuntum Tulip dipilih pemenang.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Awang Sariyan, berkata SM Zakir menewaskan 13 kumpulan cerpen lain yang turut dipertandingkan pada HSPM anjuran DBP dalam Kategori Buku/Kumpulan Karya Perseorangan yang menyediakan tujuh genre dengan hadiah kemenangan RM10,000 setiap satu.
“Novel Pelita di dalam Kaca karya Baldatun Thoiyyibatun, Kumpulan Puisi Khazanah Segala Rimbun (Marzuki Ali), Kumpulan Esei/Kritikan Sastera Lisan dan Tulisan: Teks dan Budaya (Noriah Taslim), turut memenangi kategori sama,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Tiada pemenang untuk tiga lagi genre iaitu Kumpulan Drama meskipun menerima tujuh penyertaan, Buku Kajian Sastera (enam penyertaan) dan Biografi/Autobiografi (satu) yang dipertandingkan dalam kategori sama.
Bagi Kategori Karya Eceran yang menawarkan hadiah RM2,000 setiap genre, Baha Zain diisytihar pemenang apabila dua puisinya, Permainan Mimpi dan Dalam Persekitaran Kata-kata dipilih terbaik genre puisi.
Genre Cerpen dalam kategori itu dimenangi Orang Budiman dan Negeri Seribu Gunung karya Mohd Lutfi Ishak, Drama Mat Piah dan Mr Blackway (Mahizan Husain) dan Esei/Kritikan Salah Tanggapan Terhadap Interlok (Fatimah Busu).
Kategori Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja yang menawarkan hadiah RM5,000 setiap seorang dimenangi Beruk oleh Azizi Abdullah untuk genre novel kanak-kanak dan Bimasakti Menari (Sri Rahayu Mohd Yusop) bagi novel genre remaja.
“Dalam kategori ini tiada pemenang untuk genre Kumpulan Cerpen Kanak-kanak, Kumpulan Drama Kanak-kanak, Kumpulan Cerpen Remaja, Kumpulan Puisi Remaja dan Kumpulan Drama Remaja, manakala Pantun dan Syair genre Kumpulan Puisi Kanak-Kanak dimenangi Muda@Daud Yusof,” katanya.-28/12/2012
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







