09Disember2018

Siapa yang tidak rasional, sebenarnya?

Hari ini, Kit Siang memberitahu wartawan bahawa dia tidak mahu lagi membalas saya dalam isu gesaan mewujudkan pasukan siasatan khas di atas kes-kes pembunuhan yang Pakatan sering tuduh kononnya melibatkan saya selama ini.

Selepas saya berterima kasih kepada Kit Siang kerana membersihkan nama saya bahawa saya tidak bunuh mendiang Teoh Beng Hock, Kit Siang berang dan kata dia tidak mahu membalas saya lagi kerana saya kononnya "tidak rasional".

Apa yang sangat ketara ialah Kit Siang sudah tidak tahu bagaimana untuk membalas saya oleh itu dia marah saya dan tiba-tiba tidak mahu melanjutkan isu ini.

Yang tiba-tiba mengeluarkan kenyataan minggu lepas mahu membuka siasatan-siasatan khas kepada kes-kes pembunuhan ialah Kit Siang.

Selepas ditekan, Kit Siang juga orang yang sama tidak mahu lagi mahu mendesak untuk wujudkan siasatan khas itu.

Siapa yang tidak rasional, sebenarnya?

Keengganan Kerajaan PH untuk menjalankan siasatan khas walaupun telah didesak selama seminggu jelas membuktikan saya langsung tidak terlibat dalam kematian Teoh Beng Hock, Altantuya, Kevin Morais dan Hussain Najadi.

Maka, jika tak mahu menjalankan siasatan khas, tak usahlah kaitkan nama saya dengan kes-kes ini lagi.

Mereka tahu jika siasatan dibuka oleh mereka, ia akan menunjukkan bahawa saya tidak terlibat dan telah difitnah oleh mereka selama bertahun-tahun.-11/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 414  tetamu dalam talian