18Julai2018

Sekolah Tahfiz, iktiraf UEC dan peningkatan harga barang...

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh secara kolektifnya menyokong penuh Dasar Tahfiz Negara yang dilihat lebih membantu sekolah-sekolah Tahfiz di seluruh negara, justeru kita mendesak kerajaan persekutuan hari ini yang ditadbir oleh Pakatan Harapan untuk meneruskan perkara yang baik seperti Dasar Tahfiz Negara serta tidak melayan atau bertindak untuk menutup sekolah-sekolah Tahfiz ini.

Kami Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh membantah sekeras-kerasnya tindakan penutupan sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara sama ada hanya provokasi atau sebaliknya.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh juga tidak bersetuju jika perlaksanaan UEC ke atas SJKC ini bertentangan dengan dasar pendidikan negara sedia, sebagai penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan menerapkan nilai-nilai harmoni bermasyarakat seharusnya jurang pemisah di antara sekolah kebangsaan  (SK) biasa dengan SJKC ini harus dikurangkan dan sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mendokong Dasar Pendidikan Negara supaya diselarikan dan digunapakai oleh semua sekolah termasuk SJKC.

Jika kita beranggapan UEC satu trend kepada SJKC, bagaimana pula dengan SJKT ? Tidakkah ini akhirnya akan menimbulkan kecelaruan didalam Dasar Pendidikan Negara, 1 Negara 3 sijil kelulusan pendidikan.

Dasarnya dua isu yang cuba dibangkitan oleh kerajaan PH ini adalah cukup berat dan amat sukar dihadam oleh semua rakyat Malaysia kerana ianya bersifat perubahan dasar dan menyentuh perkauman namun Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh amat faham kenapa isu ini cuba dibangkitkan oleh kerajaan PH.

Isu sebenarnya kerajaan PH dihimpit oleh kegagalan kerajaan di dalam melunaskan janjinya kepada rakyat untuk menurunkan harga pasaran barang keperluan semasa, sewaktu kempen sebelum PRU 14 kerajaan PH telah menghukum kerajaan BN pada waktu itu dengan berkata GST 6% adalah penyebab kepada kenaikan kos kepada harga barangan keperluan.

Namun hari ini setelah perlaksanaan GST 0% tiada penurun harga barangan keperluan secara diharapkan, harga barangan ini telah dinaikkan sebelum saranan kerajaan PH untuk menurunkan harga pasaran oleh itu harga barangan kekal mahal dan harga barangan dilihat terus dinaikkan peniaga secara sedikit-sedikit bagi mengimbangi perlaksanaan SST kelak.

Jelas sekali tindakan kerajaan PH ini telah mengundang kemarahan rakyat dan bagi mengalih perhatian umum kepada perkara ini, isu UEC dan sekolah Tahfiz dibangkitkan untuk membolehkan kerajaan PH lari dari realiti kemarahan rakyat.

Jesteru Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh menggesa agar kerajaan PH tunaikan janji pada rakyat bagi menurunkan harga pasaran barangan keperluan bagi mengurang kos yang ditanggung oleh rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah yang kini tidak lagi menerima BR1M, para peneroka FELDA yang bakal dihimpit isu penyusutan pendapatan hasil penurunan harga pasaran minyak sawit. Para nelayan yang tidak menerima elaun saraan hidup, mereka ini semua bakal dihimpit oleh masalah peningkatan kos hidup jika peningkatan harga pasaran barangan ini tidak dikawal dalam kadar segera.


Sekian, Terima Kasih.

Anuar Faisal Yahya
Ketua Pergerakan Pemuda
Umno Bahagian Permatang Pauh

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 368  tetamu dalam talian