21November2017

Pesta Arak: DAP tidak hormat sensitiviti umat Islam

DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan, kata Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan berkata penganjuran pesta membabitkan pengambilan alkohol adalah tidak wajar kerana majoriti penduduk di negara ini beragama Islam.

“Bila kita berhujah atas dasar masyarakat majmuk, maknanya setiap rakyat Malaysia ini mesti menghormati agama-agama lain. Islam tak melarang bukan Islam untuk minum arak tapi bila mereka nak buat pesta arak, mereka tak sensitif dengan apa yang dilarang dalam Islam.

“Ini kerana dalam perlembagaan jelas meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan majoriti penduduk di negara ini adalah Muslim,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sin, hari ini.

Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor Teng Chang Khim dipetik sebagai berkata Malaysia sebuah negara demokrasi dan semua pihak berhak melakukan apa saja aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.

Teng turut dilaporkan berkata PAS perlu faham bahawa Malaysia sebuah negara majmuk dan bukan hanya orang PAS sahaja yang tinggal di negara ini.

Berhubung isu itu, Che Abdullah menyelar sikap pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang terus mendiamkan diri dalam walaupun mereka sebelum ini melaungkan-laungkan parti itu turut memperjuangkan Islam.

“Tokoh-tokoh ‘jihad’ dalam Amanah semua diam, bukan sahaja membabitkan isu pesta arak malah dalam semua perkara apabila ia bersangkutan dengan DAP.  Amanah tak boleh berbuat apa-apa kerana takut DAP marah,” katanya.-13/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 501  tetamu dalam talian