21November2017

Perak sasar hapus pemburuan haram menjelang 2020

Perak muncul negeri pertama sekali lagi kali ini dalam kerangka usaha memastikan kedudukan sifar kegiatan pemburuan haram (atau poaching) binatang-binatang besar.

Lebih membimbangkan ialah statistik harimau  malaya atau panthera tigris yang berada dalam keadaan membimbangkan akibat kegiatan pemburuan haram.

Target kerajaan negeri ialah menjelang 2020 Perak akan menjadi sifar kegiatan pemburuan haram harimau malaya yang dilihat dilakukan oleh pemburu haram dari luar negara dan segelintir orang tempatan.

Ini kerana harga harimau Malaya di pasaran gelap begitu luar biasa mencecah sehingga seekor RM100,000. Itu harga yang disebut beberapa tahun tahun lalu tentu sahaja hari ini nilainya berlipat kali ganda.

Walaupun umum menyedari kegiatan pemburuan haram melibatkan binatang-binatang besar  namun jarang kita dengar anggota kumpulan haram ini berjaya diberkas.

Mereka seolah-olah bermaharaja lela sehingga pihak kerajaan melalui pelbagai NGO tempatan berusaha melakukan sesuatu tindakan proaktif. Seperti sering disebut oleh para pengkritik... jangan sampai harimau Malaya di negara ini menjadi sebahagian sejarah lampau .”

Kearah itu Perak melangkah ke depan menjadi negeri pertama mengambil langkah proaktif  untuk memastikan sifar kegiatan pemburuan haram binatang-binatang besar termasuk harimau malaya di hutan Belum-Temengor menjelang 2020.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu sidang media berkata  usaha gigih kerajaan negeri ini diterjemahkan dengan penubuhan satu sekretariat bagi menangani isu pemburuan haram di hutan Belum-Temenggor yang diketuai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Katanya, UPEN  diberi peranan bekerjasama dengan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan pelbagai agensi yang terbabit termasuk Jabatan Perhutanan, Perhilitan, PDRM dan Pasukan Keselamatan bagi membincangkan secara mendalam mengenai isu ini.

"Kerajaan negeri mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pendekatan yang saya anggap sebagai satu yang unik dan dapat mengembangkan kerjasama yang baik diantara pihak NGO dan juga pihak kerajaan.

"Kita memerlukan pendekatan yang sebegini... pendekatan yang positif yang proaktif yang bersifat engage dan untuk bermatlamat bagi menjayakan hasrat kedua-dua belah pihak.

"Dalam kontek yang diadakan pada hari ini ialah untuk  memastikan supaya pemuliharaan kawasan kita khususnya di kawasan Belum-Temenggor  dan juga di seluruh negeri Perak secara amnya  untuk memelihari harimau dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya,’’ katanya.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri dialog mempertingkatkan  Pemuliharaan Harimau Malaya  di Kompleks Hutan Belum Temengor, Hotel Impiana, Ipoh pada Selasa.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri dialog itu. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengarah Eksekutif WWF, Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma.

Dr Zambry turut menjelaskan bahawa usaha pemuliharaan harimau ini memerlukan penglibatan daripada semua pihak ia bukan hanya daripada pihak kerajaan tetapi juga pihak NGO yang bertanggungjawab serta masyarakat  sekeliling yang berada di kawasan-kawasan berkenaan termasuklah  masyarakat orang Asli dan sebagainya.

"Jadi  kalau sekiranya kita ada pendekatan ini insyallah matlamat yang hendak dicapai iaitu untuk menjadikan negeri Perak khususnya atau Malaysia secara amnya sebagai Negara dan juga negeri yang sifar pemburuan haram akan tercapai.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak jawatankuasa yang mengadakan mesyuarat pada hari ini dengan dihadiri sendiri oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku Sultan yang mencemar duli untuk bersama-sama mendengar  maklumat dan taklimat berdasarkan kepada perbincangan yang diadakan,’’ katanya.

Dr Zambry berkata ini menunjukkan  bahawa komitmen daripada pihak ke bawah Duli Tuanku dan juga pihak kerajaan negeri untuk memastikan supaya pemuliharaan harimau di negeri Perak dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.

"Kita memerlukan pandangan-pandangan, saranan-saranan juga kerjasama  untuk menjayakan hasrat  ini dan segala cadangan dan pandangan ini akan kita perhalusi .

"Kita telah bersetuju untuk menjadikan UPEN bertanggungjawab untuk bersama-sama bagi melihat perkara ini dan bagi pihak kerajaan juga kita melantik Datuk Nolee Asyilin Mohd Radzi  selaku Exco kerajaan negeri untuk menjadi wakil kepada negeri.’’katanya.-12/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 580  tetamu dalam talian