18November2017

Pemuda UMNO sokong DBKL rampas rumah PA/PPR langgar syarat

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PW) menyokong penuh tindakan yang dibuat oleh YBM Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengarahkan pihak DBKL merampas semula sebanyak 550 unit PA dan PPR menerusi Operasi Pemutihan Perumahan DBKL sejumlah 45,000 unit keseluruhannya yang terbukti melanggar syarat perjanjian penyewaan bermula bulan Januari hingga Mei 2017.

Sebelum ini, hasrat kerajaan sebagai tanggungjawab sosial untuk membantu rakyat memiliki perumahan rakyat dan tindakan ini sudah pasti akan memberi kemudahan kepada 550 isi keluarga yang benar-benar layak.

Rampasan dibuat disebabkan penyewa telah melanggar beberapa syarat seperti menyewa kepada warga asing, menyewa kepada pihak ketiga dengan kadar yang lebih tinggi berbanding kadar sewa yang dikenakan oleh pihak DBKL, penyewa tidak bermastautin di rumah dan pelbagai kesalahan lagi yang secara tidak langsung telah melanggar penjanjian penyewaan dan menyokong tindakan ini perlu dilakukan sepanjang masa untuk memastikan tidak penyelewangan berlaku.

Dengan tindakan ini, PW berharap ianya akan memberi peluang yang lebih kepada golongan yang betul-betul memerlukan PA atau PPR yang mana dimaklumkan hampir lebih kurang 80,000 permohonan yang masih menunggu jawapan dan harapan untuk menyewa rumah walaupun ada permohonan yang telah bertahun-tahun lamanya.

Dari rekod kami dan percaya ramai lagi yang benar-benar memerlukan penginapan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Justeru itu, saya menyeru orang ramai untuk bersama-sama menyokong tindakan ini. PW juga berharap agak tindakan yang diambil ini tidak dipolemik atau dipolitikkan oleh parti pembangkang di WP yang sudah pasti akan memutar belit fakta dan mensensasikan tindakan ini dengan mengatakan pihak kerajaan bertindak kejam walhal ianya adalah amat wajar demi menunjukkan ketelusan dan memberi keadilan kepada semua pihak walaupun tidak dapat memenuhi keperluan semua, nescaya usaha dan tindakan Datuk Seri Tengku Adnan untuk memastikan mereka yang tidak sepatutnya menginap di PA/PPR adalah yang bersesuaian dengan permintaan hari ini dan peri penting rumah ini dapat dipulangkan kepada mereka yang layak menerima.

Sekian terima kasih.

 “BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT”

Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO WP

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1139  tetamu dalam talian