22Mei2018

Pemuda UMNO sedih cara Najib di layan pihak berkuasa

Saya ingin melahirkan rasa kesedihan  terhadap tindakan dan pendekatan yang diambil pihak Polis DiRaja Malaysia  terhadap Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya dimaklumkan hampir 50 - 60 anggota PDRM pada malam tibanya bulan mulia Ramadan memperlihat seakan tiada belas kasihan bagi Dato’ Sri Najib yang sudah pun menyatakan komitmen beliau untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Saya menghargai kenyataan YB Nurul Izzah dan YB Khalid samad yang turut menzahirkan kekhuatiran beliau berkenaan apa yang berlaku tempohari

Saya dan teman2 saya ingin menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan hak polis untuk melaksanakan siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan serta konsisten dengan undang-undang negara.

Bagi kami Datuk Seri  Najib bekas Perdana Menteri yang sudah banyak berjasa kepada negara serta menjadi wakil rakyat sejak beliau berumur 23 tahun, belum lagi didakwa di mahkamah lantas wajar diberi layanan yang adil sejajar dengan prinsip “innocent until proven guilty”yang saya yakin turut didukung oleh Pakatan Harapan yang memperjuangkan demokrasi selama ini.

Saya  berharap pihak berkuasa akan menjalankan penyiasatan secara profesional dan adil menurut lunas undang-undang negara dan bertindak secara bebas sepertimana sebelum ini.

Semoga kerajaan baru Malaysia dan rakyat Malaysia saya mohon dengan rendah diri YAB Tun Dr Mahathir agar diberikan layanan yang adil sejajar pada Datuk Seri Najib Tun Razak dengan prinsip “Innocent Until Proven Guilty".

Dato' Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
18/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 753  tetamu dalam talian