25September2018

Pemuda Amanah desak pegawai Mat Sabu 'direhatkan'

Pemuda Amanah Nasional mendesak agar pegawai kanan menteri pertahanan yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direhatkan dari tugas sepanjang proses siasatan.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata pihaknya tetap tegas bahawa tiada kompromi terhadap sebarang masalah yang boleh menjejaskan integriti parti.

"Sebagai sebuah parti yang menjunjung tinggi nilai integriti, Pemuda Amanah melihat isu ini sebagai amat serius dan perlu pada tindakan segera," katanya dalam satu kenyataan.

Shazni Munir berkata Amanah tidak wajar terpalit dengan mana-mana siasatan kes melibatkan SPRM.

"Dengan seluruh maksud baik ini, Pemuda Amanah menggesa agar mana-mana anggota parti yang disiasat dengan terhormatnya 'take a leave of absence' atau dibuat satu ketetapan oleh parti untuk direhatkan dari tugas sepanjang proses siasatan.

"Amanah perlu tegar; bukan hanya bersikap amanah, tapi benar-benar dilihat amanah," katanya lagi.

Pada Selasa, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai kanan menteri pertahanan sedang disiasat SPRM ekoran dakwaan menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya namanya dapat dikeluarkan daripada status muflis.-15/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 353  tetamu dalam talian