25April2017

Pelajar SPM dapat 9A+ sila mohon biasiswa JPA

Pelajar yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi Program Penajaan 9A+ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata pelajar yang layak akan ditaja di peringkat persediaan hingga ijazah pertama dalam bidang yang ditetapkan kerajaan di Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara.

“Berikutan dengan pertanyaan oleh beberapa pihak mengenai program penajaan ini, adalah dijelaskan bahawa semua pelajar yang mencapai keputusan sekurang-kurangnya 9A+ boleh memohon untuk dipertimbangkan,” katanya dalam kenyataan Ahad.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan timbul kekeliruan dalam kalangan pelajar cemerlang SPM mengenai program itu, apabila dimaklumkan hanya pelajar yang mendapat A+ dalam semua subjek yang diambil mereka layak mendapat tajaan.

Beliau berkata JPA memperkenalkan Program Penajaan 9A+ itu memandangkan Program Busary telah dimansuhkan pada tahun ini, selain mengambil kira pencapaian pelajar yang cemerlang.

Zainal Rahim berkata program Bursary Tahun 2016 telah dilaksanakan secara ‘one-off’ oleh JPA sebagaimana diputuskan oleh kerajaan dan ini bermakna pada tahun ini program tersebut tidak lagi diteruskan sebaliknya dimansuhkan.

Katanya sejajar dengan keputusan kerajaan bagi Model Baharu Penajaan JPA 2017, program penajaan yang masih dikekalkan pelaksanaannya adalah Program Penajaan Nasional (PPN) dan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ).

Di bawah PPN, beliau berkata penajaan diberikan kepada 20 pelajar paling cemerlang dalam SPM 2016 berdasarkan senarai Lembaga Peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran ke 10 universiti terbaik dunia mengikut QS World University Ranking berdasarkan bidang pengajian.

Bagi program JKPJ pula, penajaan diberikan kepada 200 pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Bagaimanapun, katanya penajaan dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman boleh dipertimbangkan dan tertakluk kepada keputusan kerajaan.

Zainal Rahim berkata Model Baharu Penajaan JPA adalah langkah untuk memastikan negara mendapat pulangan dan manfaat yang optimum daripada pelaburan yang diperuntukkan.

Justeru, program penajaan JPA memfokus kepada empat teras utama iaitu merit dan inklusiviti; golongan berpendapatan rendah B40, sederhana M40 dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET); pembangunan Malaysia sebagai hab pendidikan; dan pulangan pelaburan kerajaan.

Katanya, pelajar lepasan SPM 2016 yang berminat memohon program-program penajaan yang ditawarkan JPA boleh melayari portal rasmi JPA di www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai program tajaan atau masalah teknikal, JPA turut menyediakan talian khas (hotline) 03-8885 3049 untuk dihubungi pada setiap hari bekerja (8:30 pagi hingga 5:30 petang) bermula 16 Mac hingga 5 Mei ini.-20/3/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 655  tetamu dalam talian