21Oktober2018

Pandangan peguam cara siasatan terhadap Najib...

Adakah  pihak  SPRM berkemungkinan silap dengan sangkaan dan tuduhan terhadap Datuk Seri Najib, kerana mereka didorong oleh maklumat-maklumat yang kabur ?

Adakah mereka yang di lantik dalam badan penyiasat khas mengenai 1MDB itu semuanya tiada kepentingan untuk memastikan sangkaan mereka “benar”?  

Dalam erti kata sebahagian dari prinsip/istilah “natural justice” : “ “NO MAN SHALL BE A JUDGE IN HIS OWN CAUSE”, semua yang terlibat didalam pengendalian dan perjalanan keadilan (the course of justice) dari lapisan penyiasatan hingga ke lapisan penghakiman, hendaklah  BEBAS dari apajua pandangan sangkaan atau kecenderungan yang boleh mengatakan mereka mempunyai “vested interest in the outcome of the case!

Apakah undang-undang berkaitan hak asasi ini dan juga rule of law benar-benar diikuti oleh pihak berkuasa hari ini terhadap  Najib dan juga mereka yang bakal dipanggil?

Apakah perlu sangat KP SPRM membuat liputan akhbar dan menyentuh perkara-perkara yang boleh memberi impak emosi kepada mereka yang menjalankan proses keadilan agar cenderung untuk mencari bukti dan sebab supaya dapat menghukum  ?

JIKA KAEDAH DAN PROSES DIAMBIL BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP UNDANG-UNDANG, MAKA KETIDAKADILAN PASTI BERLAKU. IA SEBALIKNYA HANYA AKAN MENCERMINKAN NILAI DAN KEWIBAWAAN PIHAK BERKUASA DAN PEMERINTAH YANG ZALIM !

Idris Buang
Peguamcara & Peguambela
Kuching Sarawak

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 684  tetamu dalam talian