19September2017

Masalah hakisan tanah di Kampung Bakam perlu perhatian

Penduduk Kampung Bakam yang kebanyakan bekerja sebagai petani dan nelayan menghadapi masalah hakisan tebing sungai.

Masalah ini dihadapi oleh penduduk yang tinggal di tebing sungai terutama musim hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat sehingga menghakis tanah di tebing sungai yang menyebabkan sebahagian dapur rumah mereka juga rosak.

Mereka mengadu masalah ini kepada pihak kami agar pihak kerajaan dapat memberi perhatian dengan membina tembok di tebing sungai itu dari terus terhakis akibat aliran air sungai yang deras.

Antara mangsa yang menghadapi masalah ini ialah Mariam Raup dan dia amat memerlukan bantuan.

Mereka mahu pihak berwajib segera menyelesaikan masalah hakisan ini dari berterusan yang mungkin boleh mengancam keselamatan penduduk terutama musim hujan lebat yang berpanjangan.

Antara masalah lain yang mereka ingin adukan ialah jalan yang sering digunakan oleh anak-anak muda yang menunggang motosikal terlalu laju dalam jalan kampung.

Mereka memohon agar jalan kampung tersebut dibina bonggol kelajuan untuk mengelak kenderaan terutama motosikal bergerak laju demi keselamatan penduduk yang berjalan kaki dan kanak-kanak yang bermain di kawasan perumahan.

Kami mengesa pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah penduduk Kampung Bakam ini agar mereka dapat hidup dalam keadaan sejahtera dan selamat.

Kerjasama dengan pihak yang berwajib untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 747  tetamu dalam talian