13Disember2018

Manifesto untuk 99% oleh Gabungan Kiri

Kami dari Gabungan Kiri Malaysia yang merangkumi kumpulan-kumpulan kiri daripada pelbagai latar belakang, sosial dan budaya akar umbi. Dari sebuah permulaan yang kecil, kini Gabungan Kiri dianggotai oleh pelbagai organisasi kiri (atau juga dikenal sosialis) dari seluruh negara: parti-parti politik, kumpulan- kumpulan anak muda, aktivis budaya, ahli-ahli akademik, dan juga ahli kesatuan sekerja. Bersama mereka mewakili sebuah spektrum idea-idea umum dalam sosialisma.

Setelah Pilihan Raya ke-13 pada tahun 2013, beberapa kumpulan kiri telah datang bersama dan berpendapat bahawa Malaysia memerlukan sebuah alternatif dalam politik Malaysia di mana, alternatif ini akan lebih fokus masalah 99% rakyat biasa dari segi masalah ekonomi, mejaga kebajikan rakyat dan menentang sistem Kapitalisma yang merosakkan Negara dan memiskinkan rakyat.

Maka, pada tahun ini yang juga merupakan tahun Pilihan Raya Umum yang 14, kami sebagai Gabungan Kiri telah bebincang hampir setahun untuk mengeluarkan Manifesto untuk 99% yang merangkumi Enam Idea utama kami yang dikategorikan dalam 18 Isu pokok rakyat.  Rakyat Malaysia semakin hari semakin ditindas dengan kehidupan harian yang sangat tidak stabil dengan kenaikan harga barang; kos hidup yang tinggi; kehilangan pekerjaan kerana ekonomi yang tidak stabil; anak muda menjadi penghutang dalam usia yang sangat muda; dan stress yang sangat tinggi kerana mereka tidak mampu untuk menangani segala masalah yang disebutkan diatas. Rakyat Malaysia tidak dapat menjanjikan satu kehidupan yang selesa kepada anak-anak mereka.

Matlamat kami untuk melancarkan manifesto ini adalah, Kami ingin mengutarakan alternatif kepada polisi-polisi yang sedia ada serta memulakan satu perbincangan dalam kalangan rakyat bahawa wujudnya alternatif kepada segala masalah mereka dan ianya boleh dilaksanakan oleh mana-mana parti yang menang dalam pilihan raya dan menjadi kerajaan.

ENAM IDEA UTAMA KAMI DALAM “MANIFESTO UNTUK 99%” ADALAH:

1.   Pengagihan kekayaan yang saksama - Menutup jurang antara kaya dan miskin melalui percukaian yang adil, pelaburan dalam pendidikan dan dasar sosial yang afirmatif.

2.   Pendidikan universiti yang percuma untuk semua- Membuka peluang untuk lebih ramai untuk mendapatkan pendidikan tinggi, tanpa mengira latar belakang.

3.   Gaji yang Mampu Hidup untuk semua pekerja - Satu jaminan untuk sebuah gaji minima yang tinggi dimana pekerja boleh mencapai tahap kehidupan yang selesa dan keseimbangan kerja-hidup.

4.   Perumahan berkualiti tinggi untuk semua- Satu ikrar untuk membina perumahan lestari yang berkualiti tinggi agar mampu dimiliki atau disewa di seluruh Negara.

5.   Mencipta sebuah dana pencen untuk semua- Menubuhkan sebuah dana kekayaan berdaulat (sovereign wealth fund) untuk dijadikan bayaran pencen untuk sepanjang hidup.

6.   Transformasi kepada sebuah ekonomi yang hijau dan berteknologi tinggi-  Mendepani automasi dan ekonomi teknologi tinggi melalui pelaburan dalam skil tenaga kerja, penyelidikan dan infrastruktur yang hijau.

Maka, kami  berharap mana-mana parti politik yang bertanding pada pilihan raya yang akan  datang untuk menyerap Manifesto kami dalam pelaksanaan mereka. Manifesto ini adalah untuk memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa kita boleh membina Malaysia bersama-sama tanpa mendiskriminasikan sesiapa dan tanpa meninggalkan mana-mana kaum atau bangsa dalam sebarang perubahan dan perkembangan Negara; membina sebuah Negara yang menyediakan segala kemudahan untuk setiap rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan mereka; semua pekerja dilayan dan dibayar gaji dengan adil dan saksama; dan semua rakyat Malaysia hidup dengan martabat diri dan segala hak asasi mereka dihormati dan dilindungi.

Setiap pilihan raya adalah untuk membuat pilihan. Pilihan yang ada pada ketika ini adakah  memadai? Ataupun kita bekerja keras mulai sekarang untuk mewujudkan sebuah alternatif yang menjunjung keperluan 99% rakyat dan bukannya 1 % orang kaya. Kaya semakin kaya; dan miskin semakin miskin. Manifesto ini bukan hanya untuk pilihan raya tetapi ia adalah  satu kehidupan yang kita idamkan dalam masa depan.

Mari kita membina Malaysia untuk 99% rakyat, bukan untuk 1%.

Sila lihat attachment dalam 4 bahasa untuk laporan yang penuh. Sila email saudari Nalini (Sekretariat Gabungan Kiri Malaysia) di atau mesej di 01136535972 atau M Hamzah di 0163386603 untuk sebarang pertanyaan atau interview.

Sekian. Terima Kasih

Laporan ini dikeluarkan oleh Gabungan Kiri Malaysia yang diwakili oleh,

1.   Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia (APBM)

2.   Barisan Pekerja

3.   Buku Jalanan Shah Alam

4.   Collective Intelligence (CI)

5.   Freedom

6.   Gerakan Pembebasan Wanita (GPW)

7.   Imagined Malaysia

8.   Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT)

9.   Parti Sosialis Malaysia (PSM)

10.    Projek Dialog

11.    Socialist Alternative (CWI)

12.    Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)

13.    KUBU

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 592  tetamu dalam talian