28Jun2017

Malaysia belum sedia laksana pendaftaran pengundi secara automatik

Skop tugasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang begitu 'sensitif' menyebabkan Malaysia masih belum bersedia melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya tidak mahu dipersalahkan sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung pembaharuan berkaitan pendaftaran pengundi.

"Terdapat perkara kadang-kadang kita rasa tidak begitu serius tetapi diambil serius oleh pihak tertentu. Apatah lagi kalau kita buat sesuatu pembaharuan, kalau kita tak bersedia dengan pembaharuan...kita buat, maka banyak perkara yang boleh timbul," katanya.

Mohd Hashim berkata demikian ketika menjadi tetamu Slot Khas Ekspresi terbitan Bernama Radio bertajuk 'Mengundi dan Tanggungjawab Sebagai Warganegara' di Wisma Bernama, di sini Khamis.

Beliau berkata, walaupun terdapat gesaan supaya SPR menjalankan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, pihaknya yakin sistem pendaftaran pengundi sedia ada masih efisien.

Dalam pada itu, katanya SPR sentiasa berusaha memudahkan proses pendaftaran pengundi termasuk turun ke kawasan pedalaman menggunakan pacuan empat roda sejak dua tahun lepas.

Mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, Mohd Hashim berkata, SPR hanya mengambil kira bantahan terhadap persempadanan semula yang relevan, iaitu dikemukakan pengundi sesuatu kawasan terlibat dalam cadangan persempadanan semula itu.

"SPR akan lihat secara keseluruhan dan akan klasifikasikan dari aspek sama ada bantahan itu relevan atau tidak. Kalau ia dibantah kepada satu-satu kawasan yang tidak disentuh, jadi dia bantah untuk apa, ini kita tolak," katanya.

Beliau berkata, selain bantahan daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, pihak ketiga yang boleh membuat bantahan ialah sekurang-kurangnya 100 pengundi bagi setiap satu kawasan terlibat boleh mengemukakan bantahan secara rasmi.

Pada 8 Mac lepas, SPR menerbitkan satu cadangan persempadanan semula yang dikemas kini bagi Semenanjung Malaysia selepas selesai inkuiri tempatan selama empat bulan untuk mendengar bantahan terhadap cadangan awalnya.

Semua pihak diberi tempoh sebulan bermula 8 Mac sehingga 7 April ini untuk mengemukakan bantahan masing-masing kepada SPR.

Inkuiri tempatan di seluruh negara yang merupakan satu keperluan untuk proses persempadanan semula, berlangsung dari 31 Oktober 2016 hingga 28 Februari lepas.-17/3/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 617  tetamu dalam talian