20September2018

Kerajaan PH mewarisi ekonomi yang kukuh tapi...

Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) mewarisi ekonomi yang kukuh, dengan purata pertumbuhan 5.5 peratus sejak lapan tahun lepas, namun beban hutang negara yang tinggi masih menjadi cabaran utama kredit, kata Moody's Investors Service.

"Kami menganggarkan nisbah keluaran dalam negara kasar/hutang (KDNK) Malaysia pada 50.8 peratus pada akhir 2017, melepasi median 40.1 peratus bagi negara yang diberikan penarafan A"

"Walaupun kerajaan sebelum ini mencapat pengurangan defisit fiskal kepada 2.8 peratus untuk lapan tahun berturut-turut mengikut Bajet 2018, perbelanjaan yang lebih rendah merupakan pemacu penyepaduan, dengan bahagian hasil kepada KKDNK susut sejak 2012.

"Memandangkan keupayaan kerajaan yang terhad untuk mengurangkan lagi perbelanjaan, beban defisit dan hutang dijangka berlegar pada paras semasa," kata Anushka Shah, Naib Presiden Kumpulan/Penganalisis Kanan Risiko Moody's dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemansuhan beberapa pembaharuan tanpa sebarang pelarasan lain, akan meluaskan defisit, dan jika kerajaan memilih untuk melaksanakan beberapa janji kempennya tanpa melakukan pelarasan atau menyeimbanginya, ia akan menjadi negatif (penarafan) bagi Malaysia.

Ini termasuk cadangan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), seperti yang dicadangkan oleh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bernama melaporkan Anushka berkata SST secara bersendirian, ia tidak akan dapat menyamai kutipan hasil berjumlah RM44.3 bilion pada 2017 atau 3.3 peratus daripada KDNK.

"Memansuhkan GST juga akan memperkenalkan risiko mengurangkan pendapatan dan meningkatkan pergantungan kepada pendapatan berkaitan minyak, yang berkurangan sejak pengenalan GST pada 2014.

"Satu lagi cadangan ialah memperkenalkan semula subsidi bahan api, suatu janji kredit negatif kerana ia akan mengganggu mekanisme harga berasaskan pasaran, yang akan menjejaskan kedudukan fiskal Malaysia melalui subsidi yang lebih tinggi, serta imbangan pembayaran melalui keanjalan yang lebih rendah bagi import minyak ke atas pergerakan harga," katanya.

Menurut Anushka, disiplin fiskal penting untuk meningkatkan keyakinan pasaran, terutama memandangkan bukan pemastautin memegang 28 peratus daripada sekuriti kerajaan pada akhir 2017 dan 28.5 peratus ekuiti di Bursa Malaysia pada April 2018, yang meletakkan kedudukan negara terdedah kepada perubahan aliran modal dan sentimen pelabur.

"Kami mengunjurkan penunjuk pendedahan luar Malaysia, yang kami gunakan untuk mengukur pendedahan negara kepada aliran modal yang berhenti secara tiba-tiba, pada kedudukan 145.6 peratus pada 2018, paras yang tinggi di peringkat global, terutama jika dibandingkan dengan kerajaan lain yang diberi nilai A.

"Ini mengambil kira rizab asing yang terus meningkat lebih tinggi sepanjang tahun lalu kepada US$ 102.9 bilion pada akhir April 2018. Penampan lain, termasuk institusi domestik yang besar yang menyediakan dana pembiayaan untuk hutang mata wang tempatan dan lebihan akaun semasa bertindak sebagai mitigasi," katanya.-14/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 641  tetamu dalam talian