25September2018

Kerajaan PH alih perhatian rakyat kerana gagal tunai janji

16 Ogos 2018 merupakan genap 100 hari pemerintahan Kerajaan PH sejak 9 Mei 2018 bagi PRU Ke-14. Namun, apa yang dilihat 100 hari ini tidak ada satu janji pon tertunai oleh Pakatan Harapan dalam menifesto mereka.

Keadaan ini menggambarkan bahawa Pakatan Harapan hanya berjaya menjual janji palsu kepada rakyat bahawa mereka dapat melaksanakan 10 perkara yang terkandung dalam manifesto 100 hari semata-mata untuk meraih undi pilihanraya sahaja.

Majoriti rakyat terpesona dengan janji manifesto Pakatan Harapan khususnya melibatkan harga minyak akan turun rm1.50 seliter, tol dihapuskan, bayaran PTPTN ditangguhkan, GST dimansuhkan dan sebagainya. Ini kerana rakyat percaya perkara-perkara tersebut adalah sebahagian daripada 'beban sara hidup' rakyat.

Kerajaan Pakatan Harapan dilihat lebih menumpukan kepada kes melibatkan DS Najib dan 1MDB daripada menunaikan manifesto mereka. Sehingga hari ini kita mendapati bahawa Kerajaan PH gagal mensabitkan sebarang pendakwaan kepada 1MDB, J.Lho, 2.6B malah akhirnya mendakwa DS Najib atas kes AMLA 42 juta yang mana sebelum ini Pakatan Harapan 'menyanyikan' berbillion-billion.

Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan yang terus menyogok rakyat dengan Hutang Negara sebanyak RM1 Trillion juga memakan diri kerana BNM dan Laporan Audit Negara menyatakan jumlah Hutang Negara hanya pada kadar 686B sahaja. Ini jelas menunjukkan fitnah dan memburukkan kerajaan lalu sebagai modal politik Pakatan Harapan.

Sejak mengambil alih pentadbiran negara secara tipu helah politik, Kerajaan Pakatan Harapan telah melaksanakan dasar-dasar yang merugikan rakyat. Antaranya memansuhkan GST 6% dan menggantikannya dengan SST 16%, memansuhkan BRIM untuk orang muda, membatalkan kenaikan tangga gaji penjawat awam, membatalkan Projek HSR dan Projek ECRL untuk perkhidmatan serta pembangunan rakyat pantai timur. Malah terdapat banyak perkara lain yang dilihat masih terawang-awang tindakan kerajaan.

Manifesto Pakatan Harapan yang dilihat cantik diluar tetapi kosong di dalam dibuat atas dasar "politik popular" @ populis semata2. Tidak ada kajian dan pelan strategik khas bagi perlaksanaanya. Kegagalan ini pasti akan meresahkan rakyat khususnya bilamana SST 16% dilaksanakan nanti. Ini termasuklah apa yang disuarakan oleh Pakar-pakar Ekonomi dan ahli-ahli perniagaan yang mana melihat SST ini akan melonjakkan harga barang lebih tinggi selepas dilaksanakan nanti.

8- Manusia boleh menjanjikan bulan dan bintang untuk mencapai sesuatu hajat. Sehingga ada juga yang menyatakan 'lautan api sanggup ku renangi' bagi memastikan cita-cita dan impiannya terlaksana. Hakikatnya ianya bukanlah semudah madah berkata-kata malah bukan senang seperti yang disangka. Dengan persekitaran ekonomi yang mencabar, dunia tanpa sempadan dan tekanan globalisasi yang semakin tinggi Kerajaan Barisan Nasional dulu dapat mengatasinya dengan penuh hikmah walaupun rakyat mengahadapi sedikit tekanan sara hidup tetapi masih mampu menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan.

Rakyat harus bangkit dan sedar dengan penipuan dan pengkhianatan ini demi memastikan agar tidak wujud lagi golongan penghasut dan politikus korup seperti yang terdapat di dalam kerajaan PH kini. Jika janji 100 hari ini pun tidak mampu di kotakan, apatah lagi janji serta kepercayaan rakyat yang sudah tentu di bakul sampahkan oleh pemimpin Pakatan Harapan.-17/8/2018


Penulis merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 374  tetamu dalam talian