25September2017

Kenyataan Shahrir mengenai siasatan SPRM kes lama Felda…

Saya amat gembira membaca berita bahawa SPRM telah menerima maklumat baharu berhubung satu penyiasatan kes lama yang melibatkan FELDA. Saya berharap maklumat baru ini akan membantu SPRM dalam siasatannya terhadap apa-apa perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di FELDA.

Pada bulan April tahun ini, pengurusan FELDA dan kakitangannya telah melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah SPRM dan Whistleblowing Policy untuk memperkukuh integriti FELDA dan kakitangannya. Integriti harus menjadi prinsip utama dalam FELDA supaya kami dapat terus memberi tumpuan dalam memberikan nilai kepada stakeholder utama kami.

Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM dalam penyiasatannya supaya kami dapat kembali ke zaman kegemilangan seperti dahulu. Sekiranya kita benar-benar boleh "balik asal" sebagai sebuah organisasi yang bersih, cekap dan boleh dipercayai, saya pasti stakeholders kita akan mendapat tempias positifnya.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Pengerusi

FELDA

11 Julai 2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 857  tetamu dalam talian