16Oktober2018

Kenyataan media SUA Mujahid isu temubual dengan The Star

Berhubung laporan akhbar The Star yang bertajuk 'No More Moral Policing' serta versi online 'No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives says Mujahid' 
 
Ingin saya tegaskan bahawa tiada langsung dalam temubual Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dato' Dr Mujahid Yusof bersama media berkenaan yang disiarkan pada 6 Oktober 2018 mengeluarkan kenyataan seperti tajuk yang ditulis akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.
 
Malah, selepas penelitian dibuat, saya juga mendapati YB Menteri langsung tidak menyebut perkataan seperti yang ditulis dalam berita berkenaan pada perenggan pertama iaitu:
 
No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings.
 
Bersama ini juga ialah link transkrip soal jawab The Star bersama Dato’ Dr Mujahid: https://www.facebook.com/DrMujahidYusofRawa/posts/1946001542105336?__tn__=K-R 
 
Ekoran tajuk yang disensasikan serta perenggan pertama yang ditulis berdasarkan interpretasi wartawan media tersebut, berita ini menjadi viral sehingga menyebabkan salah faham terutamanya terhadap umat Islam di negara ini. 
 
Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada YB Menteri. 
 
Sehubungan itu, selepas menerima pandangan dan nasihat daripada pelbagai pihak, saya menggesa pihak The Star memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menyebabkan kekeliruan dan permohonan maaf itu perlu disiarkan di akhbar berkenaan serta di portal mereka. 
 
Sekiranya perkara ini tidak dibuat dalam masa 24 jam, tindakan lebih tegas akan diambil. 
 
Siti Zulaikha Zulkifli
Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menterj (Agama)
Dikeluarkan pada 7 Oktober 2018 (Ahad)
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 576  tetamu dalam talian