17Januari2018

Kenyataan media Pergerakan Pemuda UMNO

Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik keputusan kerajaan yang  telah memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah, dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Keputusan yang selari dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 itu pastinya memberi kelegaan kepada para pengguna lebuh raya terlibat terutama dalam mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Namun demikian, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan agar Kementerian Kerja Raya dapat memastikan tiada lagi sebarang kenaikan kadar tol di seluruh negara bagi tahun ini, seperti komitmen kementerian dan kerajaan pada tahun lepas.

Ini kerana sebarang kenaikan kadar tol nanti dilihat bercanggah dengan usaha serta hasrat kerajaan dalam meringankan beban rakyat, walaupun kutipan tol di empat plaza tersebut sudah dimansuhkan.

Komitmen untuk mengekalkan kadar tol di seluruh negara bagi tahun ini juga boleh dimasukkan ke dalam manifesto pilihan raya Barisan Nasional nanti bagi membuktikan kesediaan dan keprihatinan kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.-5/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 710  tetamu dalam talian