19Ogos2018

Kenyataan media PAS berhubung isu Speaker DUN di Kedah

Kenyataan  Pengerusi Amanah(PAN) Kedah, Dato' Dr Ismail Salleh, dilihat lebih bersifat spekulasi dan keanak-anakan serta memperlihatkan beliau sebenarnya tidak memahami akan isu perlantikan Speaker Dun Kedah.

2. PAS Kedah melihat kenyataan itu  lebih kepada berbaur emosi malah jauh sekali bersifat matang dan terbuka serta tidak menunjukkan contoh terbaik beliau sebagai seorang pemimpin politik yang berpengalaman.

3. Beliau sepatutnya menunjukkan  contoh berjiwa besar serta mempunyai sikap  keterbukaan Pakatan Harapan kerana jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Besar dan  barisan Exco terdiri dari kalangan Adun blok pakatan berkenaan jadi tidak menjadi kesalahan andainya jawatan Speaker Dun diserahkan kepada PAS kerana PAS memenangi 15 kerusi Dun pada PRU lalu.

4. Adalah tidak adil meletakkan tekanan kepada PAS dalam isu pemilihan Speaker Dun kerana PAS telah mengemukakan jalan keluar dengan menawarkan  penubuhan Kerajaan Perpaduan dimana konsep kerajaan sebegini bukanlah sesuatu yang baru dalam amalan demokrasi, bahkan kaedah ini telahpun diamalkan di beberapa buah negara Eropah.

5.Pengerusi Amanah(PAN)Kedah itu juga dilihat tidak memahami konsep sebenar Kerajaan Perpaduan yang ditawarkan apabila meminta PAS mewujudkan kerajaan seumpama itu di Kelantan dan Terengganu.
Adakah beliau tidak menyedari PAS memiliki majoriti yang cukup di dua negeri berkenaan dan kenapa perlu mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

6. Tuduhan melulu kononnya PAS gila kuasa mendesak agar berlakunya Pilihanraya Negeri(PRN) tidak berasas sama sekali kerana  samada berlaku PRN atau sebaliknya bergantung kepada nasihat dan budi bicara Menteri Besar, Dato Seri Mukhriz Mahathir kepada Tunku Sultan Kedah. Sikap menuduh sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan sikap tidak profesional Pengerusi Amanah(PAN) Kedah itu dalam mengurus politik Kedah yang penuh dengan seni.

7.Justeru itu, PAS menggesa semua pihak menjadikan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah sebagai asas penyelesaian kepada kemelut ini dan tidak mewujudkan suasana tegang serta cuba menimbulkan kekeliruan dan curiga dikalangan rakyat.

DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
PESURUHJAYA PAS KEDAH
11 Jun 2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 491  tetamu dalam talian