17Januari2018

Kenyataan media Ketua Pemuda MIC

Tindakan pembangkang membuat “marriage of convience” dengan HINDRAF dan parti baru, Parti Generasi Baru menyerlahkan betapa mereka kini begitu kekontangan inisiatif dalam merangka pelan serta dasar masa depan yang jelas kepada masyarakat India.
 
Saya yakin tindakan pembangkang ini tidak akan berjaya menarik sokongan pengundi India memandangkan dasar mereka sendiri yang tidak jelas, malah mereka kini lebih bergelut untuk mendapatkan kerusi sesama sendiri.
 
Ia jelas berbeza dengan langkah Barisan Nasional (BN) dalam merangka satu dasar yang konsisten terhadap masyarakat India termasuk menerusi Malaysian Indian Blueprint (MIB), satu dasar masa depan, holistik, konfrehensif dan menyeluruh serta mampu mengubah landskap kehidupan masyarakat India dalam pelbagai bidang meliputi pendidikan, pekerjaan, sosio ekonomi dan pemilikan equiti.
 
Semua inisiatif yang diperkenalkan MIC dan BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini terbukti mula memberi impak yang sungguh positif dari masyarakat India untuk terus menyokong BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
 
Penerimaan yang baik masyarakat India terhadap BN inilah yang menyebabkan pembangkang mula berada tergoyang terutama dalam menarik sokongan pengundi India.
 
Saya yakin pengundi muda khususnya dapat membandingkan janji-janji retorik pembangkang dengan blue print dan juga rekod pencapaian Perdana Menteri khususnya untuk masyarakat India kerana masyarakat India sudah matang dalam politik negara, terutama mainan dan janji palsu pembangkang.
 
Ini ditambah lagi dengan keadaan status quo masyarakat India di Selangor dan Pulau Pinang yang tidak menunjukkan perubahan dari aspek pembangunan sosioekonomi seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum yang lalu oleh pembangkang sehingga membuatkan mereka konsisten untuk kembali yakin dengan Datuk Seri Najib dan BN.
 
Namun kita tidak harus mengambil ringan pengundi-pengundi ini dan haruslah kita mengurus serta memastikan kita memenuhi janji-janji kita untuk orang muda supaya mereka terus menjadi penyokong tegar BN.
 
DATO’ SIVARRAAJH CHANDRAN
KETUA PEMUDA MIC
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 688  tetamu dalam talian