21Oktober2018

Kenyataan media CyberSecurity Malaysia...

CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber nasional mengingatkan orang ramai khususnya pengguna Internet di seluruh Malaysia supaya lebih cakna mengenai keselamatan di alam siber pada musim perayaan ini.

Sehubungan itu, satu kenyataan nasihat (advisory) telah dikeluarkan mengenai perkara tersebut bagi mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan budaya beretika serta berhemah sewaktu menggunakan Internet termasuk aplikasi media sosial.

Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia berkata “Pada era digital ini, menjaga keselamatan tidak hanya melibatkan keselamatan fizikal seperti memandu kenderaan, membonceng motosikal, memasak dan sebagainya tetapi ia juga termasuk keselamatan di alam siber, iaitu sewaktu melayari Internet atau menggunakan aplikasi-aplikasi Internet termasuk media sosial seperti facebook, instagram, twitter, youtube dan sebagainya.”

Ramai orang menggunakan telefon pintar dan gajet digital untuk pelbagai tujuan seperti chatting, mencari maklumat, berhibur, menonton video, bermain online games, melakukan pembelian online, aktiviti perbankan serta berinteraksi melalui pautan Internet. Dengan hanya sekelip mata, sesuatu maklumat, berita dan juga visual terpapar di depan mata. Namun, dengan adanya teknologi dan akses Internet sebegini, penjenayah siber turut mengambil peluang untuk melakukan jenayah siber. Telefon pintar dan kemudahan Internet dijadikan saluran untuk mereka membuat tipu daya, menggodam, menceroboh, mencuri maklumat, memeras ugut, membuli serta pelbagai jenayah siber lain.  

“Pada tahun ini, didapati bahawa peningkatan insiden keselamatan siber ketara bermula pada bulan Mac hingga Mei. Jumlah laporan insiden keselamatan siber yang dilaporkan pengguna Internet kepada Cyber999 dari Januari sehingga Mei 2018 adalah sebanyak 2,713 insiden. Kebanyakan insiden yang dilaporkan berkaitan dengan penipuan, pencerobohan, jangkitan malware dan juga gangguan siber.” Ujar Dato’ Dr. Amirudin.

Dari analisis yang dibuat, antara insiden yang dilaporkan semenjak awal tahun ialah ancaman kod berbahaya (Malicious) Fake Bank Negara APK, penyebaran gangguan perkhidmatan (Distributed Denial of Service) melalui Memcached vulnerability, Symantec Certificate Issue dan CPU Hardware Side-Channel Attacks Vulnerability yang dikenali sebagai Meltdown and Spectre.  Alert & Advisory telah pun dikeluarkan oleh CyberSecurity Malaysia sejak awal tahun bagi menangani insiden dan vulnerability tersebut. Selain itu, nasihat mengenai kelemahan perisian serta kemas kini produk seperti Microsoft, Adobe, Drupal, Cisco dan lain-lain perisian berkaitan turut dikeluarkan.

Antara amalan murni yang perlu dilaksanakan oleh pengguna Internet di musim perayaan adalah:-

1. Jangan klik pada sebarang pautan dan juga lampiran imej atau video yang diterima melalui emel atau laman media sosial (facebook, whatsapp, wechat, twitter dan sebagainya) - fikir dahulu sebelum anda ‘klik’ kerana pautan serta imej tersebut mungkin mengandungi malware (virus).


2. Jangan terlalu taksub menggunakan telefon pintar semasa menjamu selera bersama keluarga - hadkan penggunaan telefon pintar dan luangkan masa bersama keluarga dan rakan taulan sebaiknya di waktu perayaan ini.

 
Ibu bapa juga harus kawal pengguna telefon pintar anak-anak – jangan biarkan mereka leka dengan online game serta chatting.
    
Fikir dahulu tentang apa yang anda ingin sampaikan - jangan pos / muatnaik maklumat secara kerterlaluan terutama maklumat peribadi.
    
Jangan berkongsi maklumat / berita yang tidak benar – semak kesahihan maklumat / berita tersebut terlebih dahulu sebelum ianya ditular.
    
Pastikan gajet digital anda (telefon pintar, laptop, PC) dan pelayar anda dikemas kini dengan peningkatan terkini dan patch keselamatan.
    
Pasang perisian Anti-Virus pada PC anda untuk mengimbas dan menghalang mana-mana malware masuk ke PC. Anti-Virus perlu sentiasa dikemas kini dengan fail tandatangan terkini bagi mengesan cacing / virus baharu.
    
Elak dari menjadi mangsa penipuan dalam talian - ambil langkah berjaga-jaga terhadap penipuan dalam talian yang mensasarkan pengguna Internet.
   
Pengguna disarankan untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan maklumat mengenai tips dan garis panduan penggunaan Internet yang selamat, sila rujuk portal http://www.cybersafe.my untuk info lanjut.

Lakukan backup secara berkala ke atas semua maklumat kritikal anda bagi menghadkan kesan kehilangan data atau sistem serta membantu mempercepatkan proses pemulihan. Sebaiknya, backup perlu dilakukan pada setiap hari, manakala data tersebut pula disimpan pada peranti yang berasingan.


Sekiranya anda berdepan dengan masalah atau insiden keselamatan siber di musim perayaan ini, laporkan insiden tersebut kepada Cyber999 menerusi saluran berikut:-

Emel                   :  
Telefon               : 1-300-88-2999 (waktu pejabat)
Faks                  : +603 89453442
Handphone        : +60 19 2665850 (pelaporan insiden 24x7)
SMS                   : CYBER999 REPORT EMAIL COMPLAINT to 15888
Web                   : http://www.mycert.org.my
Cyber999 Mobile Apps: IOS Users or Android Users

Maklumat lanjut berkenaan panduan nasihat boleh dirujuk di pautan link dibawah:

https://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2018/main/detail/1312/index.html

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 477  tetamu dalam talian