16Disember2017

Kadar cukai GST di Malaysia kekal enam peratus

Walaupun Singapura akan menaikkan cukainya... Malaysia tidak bercadang untuk menyemak semula kadar perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditetapkan sebelum ini.
 
Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis yang diedarkan kepada media semasa persidangan Dewan Rakyat menjelaskan bahawa kadar enam peratus yang ditetapkan setelah kajian terperinci yang telah dibuat untuk memastikan ia pada kadar yang paling bersesuaian bagi Malaysia.
 
Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan mempertimbang untuk menurunkan kadar GST daripada enam peratus.
 
“Kerajaan sentiasa ingin memastikan bahawa sistem percukaian negara yang meliputi cukai langsung, termasuk kadar cukai korporat dan individu, serta cukai tidak langsung, dapat menggalakkan aktiviti ekonomi dan mengekalkan daya saing negara dalam jangka panjang,” kata kementerian.
 
Antara faktor yang diambil kira daripada impak perubahan kadar GST termasuk kesan pertumbuhan ekonomi, indeks harga pengguna, dan kemasukan pelaburan termasuk pelabur asing, katanya.
 
Kerajaan mula melaksanakan GST pada April 2015 dengan kadar enam peratus.-21/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1266  tetamu dalam talian