26April2018

Jerusalem Sebagai Ibukota Israel

Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik pendirian Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Najib Tun Razak tidak bersetuju dan menolak sekeras-kerasnya pengiktirafan Amerika Syarikat menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Amerika Syarikat tidak seharusnya membuat keputusan ini secara unilateral tanpa mengambil kira pelan damai melalui meja rundingan multi-lateral oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kami mempersoalkan kebijaksanaan pengiktirafan ini kerana ianya hanya akan mengundang lebih banyak masalah daripada kebaikan.

Kami pasti bukan hanya negara-negara Islam yang tidak setuju diatas pendirian Amerika Syarikat ini tetapi reaksi yang sama akan diutarakan oleh lebih banyak lagi negara-negara dari seluruh dunia kerana ianya akan terus mengundang masalah kepada ketidakstabilan , keselamatan dan keamanan global.

Adalah lebih wajar proses keamanan di antara Palestin dan Israel di buat melalui proses rundingan multilateral dengan mengambil kira sebanyak mungkin kepentingan dan hak-hak kedua negara dan bukannya dengan membuat keputusan secara unilateral oleh Amerika Syarikat.

Kami juga menyeru agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu segera membuat keputusan bersama dan menolak hasrat dan keputusan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai Ibukota Israel.


Mohamed Hazali Abu Hassan
*Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia*

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 985  tetamu dalam talian