14Disember2018

Jangan terperangkap strategi musuh pecahkan UMNO

Pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat diharap untuk bersama Presiden UMNO serta pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat atau negeri ketika ini dalam usaha memastikan UMNO BANGKIT semula. Ini penting apatah lagi UMNO sedang berhadapan cabaran besar dalam sejarah politiknya ketika ini.

Saya rasa, sama ada UMNO BANGKIT semula atau tidak, ia bergantung kepada kita semua. Ketika ini pelbagai perkara sedang dilakukan oleh pimpinan parti. Namun ia akan sukar jika kita letakkan sepenuhnya kepada satu pihak sahaja. Sebaiknya semua kita mesti sama sama memainkan peranan dikedudukan masing masing. Semua ini penting jika kita mahu UMNO berada di kedudukannya semula.

Ketika ini kita sedang bersiap untuk melaksanakan Perhimpunan Agung UMNO 2018 pada penghujung bulan ini. Perhimpunan ini, bukan di suasana sebagaimana kita masih sebuah kerajaan. Pastinya Presiden UMNO akan menyampaikan amanat penting dalam Ucapan Dasar beliau. Saya percaya, pelbagai pihak yang menanti dan ingin mendapat gambaran jelas apakah halatuju parti akan menerima jawapannya ketika perhimpunaan ini.

Justeru itu, inilah ruang terbaik beliau untuk menyatakan kemana arah haluan parti dan perjuangan kita di perhimpunan rasmi parti nanti. Saya harap kita memberikan peluang kepada Presiden dan pucuk pimpinan UMNO untuk melakukannya.

Dalam keadaan yang sama, kita harus sedar bahawa usaha-usaha pihak tertentu sedang dilakukan untuk terus memecahbelahkan pimpinan dan parti kita. Perkara ini bukan hanya di peringkat tertentu sahaja ia juga di akar umbi parti.

Oleh itu, kita jangan terperangkap dengan strategi yang mereka lakukan. Apa yang penting ketika ini, kita mesti letakkan kepercayaan kepada pimpinan parti dan bersatu dalam apa keadaan sekalipun. Ini penting untuk kebaikan UMNO secara keseluruhannya.

YB DATO’ DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
20 September 2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 532  tetamu dalam talian