21November2017

Jangan biarkan Tony Pua terlepas lagi

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua tidak boleh dibiarkan terlepas lagi kali dari terus membuat fitnah untuk kepentingan politik dirinya dan pakatan pembangkang.

Ini kerana perbuatan itu semakin melampau, mengkucar kacirkan masyarakat dan menjejaskan kestabilan politik negara.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut permohonan maaf daripada Tony Pua berkenaan satu kenyataan fitnah dalam satu klip video dan mahu Pua menarik balik klip berkenaan yang dimuatnaik ke media sosial Facebook.

Tuntutan itu dibuat oleh Najib atas kapasiti peribadi dan surat tuntutan diserahkan ke pejabat pemimpin DAP itu melalui syarikat firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Sebelum ini kira-kira setahun lepas dalam bulan Mei, Pua juga disaman berhubung fitnah yang dibuatnya ke atas syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam permohonan beliau untuk mengenepikan saman yang dibuat oleh Najib itu, Pua sendiri berkata bahawa Najib tidak ada kaitan dengan 1MDB dan tidak ada memegang sebarang jawatan dalam syarikat berkenaan.

Padahal di atas pentas politik, Pua seringkali mengaitkan Najib dengan salah laku serta menuduh Perdana Menteri ada kaitan dengan 1MDB dan menggelapkan wang dari syarikat berkenaan.

Peguam yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata Pua diberikan masa selama tujuh hari untuk mengemukakan permohonan maaf serta menarik balik kenyataan beliau sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Pua telah mengeluarkan kenyataan memfitnah Perdana Menteri di Dewan Rakyat termasuk berkenaan isu 1MDB pada minggu lalu.

“Jadi, surat tuntutan maaf dan tarik balik kenyataan telah dikeluarkan dan beliau diberi masa tujuh hari untuk membalas surat itu serta menarik balik kenyataan yang dikeluarkan,” katanya.

Pua membuat kenyataan fitnah dengan mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional sengaja mengenepikan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) kerajaan semata-mata untuk memberikan laluan kepada Ahli Parlimen PAS Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan RUU berkaitan kuasa Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat.

Beliau juga menuduh kerajaan berpakat dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan usul berkenaan yang dibawa oleh PAS membuat pembentangan itu.

Pua juga menuduh Najib ada perancangan bersama Pandikar Amin dan PAS dalam perancangan pembentangan berkenaan yang dituduh bertujuan memecahbelahkan undian orang Melayu.

Para penyokong Pua di laman Facebook juga turut sama berpemikiran bodoh seperti Pua apabila turut bersetuju dengan Pua yang jelas mempunyai agenda lain yang jahat di dalam kenyataan berkenaan.

"Barisan Nasional memperbodohkan rakyat sekali demi sekali lagi sekali... Tak habis-habis melakukannya demi kuasa parti. rakyat yang cerdik kini akan mambalas budi baik kerajaan dengan mangunakan undi pada masa depan akan datang. itu masa tahulah BN," kata seorang pengguna Facebook dalam komennya di Facebokk Tony Pua.

Juga ada komen yang mempersoalkan mengapa Pua begitu bersungguh-sunggguh bersikap menentang padahal RUU355 tidak ada kaitan langsung dengan dirinya.

"Apa hal kau? apa yang kau dengki sangat dengan RUU355 ni? Orang Islam tak pernah kacau kau. DAP ANTI ISLAM. now it is clear," kata seorang yang berang dengan kenyataan Pua.

Lebih elok, kali ini Pua tidak diberi peluang untuk terlepas lagi dari tindakan mahkamah dalam tindakan saman ini.

Rafizi sudah 10 kali buat cerita fitnah. Tony Pua bila hendak serik? Memang tidak serik, elok sangat kalau kali ini Tony Pua diberikan hukuman setimpal.-13/4/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1338  tetamu dalam talian