13Disember2017

Isu kebersihan, gelandangan,pendidikan percuma aspirasi belia Wilayah Persekutuan

Isu kebersihan, negara sifar gelandangan dan pendidikan percuma antara aspirasi yang sering disebut dan mendapat perhatian generasi muda pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Wilayah Persekutuan Rabu malam.
 
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata aspirasi yang dibentangkan oleh belia Wilayah Persekutuan itu sememangnya diberi perhatian oleh kerajaan yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
 
"Bagaimanapun, kita haruslah sama-sama mengubah mentaliti kita. Semua perubahan ini hanya boleh dicapai melalui kerjasama semua pihak terutama masyarakat, ia perlulah seiring.
 
"Contohnya isu sifar gelandangan, ia hampir mustahil untuk dilakukan kerana kita sendiri yang menyokong pertumbuhan mereka melalui perbuatan kita secara tidak sedar," katanya pada sesi dialog itu.
 
Tengku Adnan yang menjadi anggota panel jemputan berkata dalam masa yang sama rakyat juga perlu peka dengan kemudahan yang disediakan kerajaan serta bijak mengambil peluang.
 
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang bertindak sebagai moderator dialog itu berkata aspirasi tersebut antara lebih 30 aspirasi yang dikumpul daripada lebih 800 belia dan kakitangan kerajaan, badan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi dan persatuan belia di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Beliau berkata sesi dialog kali ini lebih memberi fokus kepada menyediakan bandar pintar pada masa hadapan yang lebih mesra huni seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat.
 
Khairy turut menyentuh tentang keperluan keselamatan siber, keselamatan makanan serta pengangkutan awam yang lebih pintar dan efisyen.
 
"Anak muda yang bakal mengisi pada tahun 2050 nanti adalah anak yang sedang duduk di bangku sekolah rendah sekarang . Yang akan berlaku nanti masih belum wujud jadi kita perlu fikir jauh lebih ke depan," katanya.- 17/5/2017
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1138  tetamu dalam talian