31Oktober2014

Harta negara: 20 blok, lapan bilion tong minyak

minyak1
Malaysia memiliki 20 blok laut dalam luar pesisir Sabah dan Sarawak yang dianggarkan mempunyai rizab bersamaan lapan bilion tong minyak, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Daripada 20, 13 sudah pun diluluskan menerusi kontrak perkongsian pengeluaran kepada pelbagai peserta industri minyak dan gas, katanya semasa ditanya mengenai peluang-peluang eksplorasi dan pengeluaran di laut dalam di Malaysia dalam artikel bertajuk "National Treasure" dalam isu pertama buku "The Oil and Gas Year Malaysia 2013" yang dilancarkan di Kuala Lumpur Isnin.

Beliau berkata setakat ini, 38 telaga eksplorasi digerudi di kawasan laut dalam dengan 14 penemuan dicapai.

"Kami mempromosikan baki tujuh blok laut dalam kalangan peserta laut dalam, termasuk syarikat minyak utama dan antarabangsa dan pada masa yang sama meningkatkan terma fiskal blok-blok ini."

Mengenai gas, beliau berkata bagi mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai penggiat gas asli cecair (LNG), Petronas melaksanakan beberapa projek domestik dan antarabangsa.

"Dalam negara, kami meluaskan kompleks LNG sedia ada di Bintulu menerusi projek Train 9. Sebaik siap, Train tambahan ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kompleks LNG kepada 29.3 juta tan setahun berbanding 25.7 juta tan pada masa ini.

"Di peringkat antarabangsa, Petronas semakin meningkatkan gas tidak konvensional kepada LNG portfolio.

"Projek Gladstone di Queensland Australia berjalan dengan lancar dan apabila siap, ia akan menukar lapiran metana arang batu kepada LNG untuk eksport," katanya.

Petronas baru-baru ini mengumumkan perjanjian untuk mengambil alih Progress Energy Resources, syarikat gas asli Kanada, yang disenarai di bursa saham, yang akan memberikan akses kepada perbadanan minyak negara itu sumber gas jangka panjang di lokasi yang secara relatifnya stabil.-18/2/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 665  tetamu dalam talian