17November2018

Harga ubat naik sehingga 35% lepas PRU14

Surat terbuka kepada YB Dr. Dzulkefly Ahmad YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA,

HARGA UBATAN TERLAMPAU MAHAL.

Tuan YB Menteri yang dihormati dan dikasihi.

Saya selaku seorang Pengamal Farmasi Komuniti(swasta) ingin menyampaikan hasrat dan ketidakpuasan hati rakyat mengenai harga ubatan ( drug) yang mendadak meningkat sekitar 20%- 35% terutama ubatan patent import serta sebahagian ubatan generik dalam jangka waktu yang amat singkat. (Selepas PRU 14 hingga sekarang)

Sedangkan GST sudah dimansuhkan/zero rated. Tukaran RM vs USD semakin baik. Sepatutnya harga ubatan (drug) kekal stabil atau mengalami sedikit penurunan.

Tetapi sebaliknya berlaku. Harga ubatan patent terus meningkat secara drastik.

Situasi ini boleh menjejaskan keupayaan rakyat untuk mendapatkan ubatan (drug) mampu beli yang berkualiti untuk merawat penyakit mereka terutama penyakit kronik yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.

Sehubungan dengan itu saya merasakan ada sebahagian pihak yang mengambil kesempatan dalam proses peralihan kuasa kerajaan sekarang.

Sebagaimana umum tahu bahawa sebahagian besar syarikat pharmaceutical dan pengimport pharmaceutical masih dikuasai oleh proksi-proksi monopoli dari pentadbiran terdahulu yang memungkinkan sabotaj segala usaha pihak kerajaan sekarang.

Maka dengan rendah dirinya saya memohon pihak YB Menteri Kesihatan menggunakan kebijaksanaan tuan untuk membantu rakyat sekurang- kurangnya mampu membendung kenaikan harga yang melampau melalui mekanisma kerajaan sedia ada.

Segala perhatian dan pertimbangan dari pihak YB MENTERI KESIHATAN amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Abdul Nassir bin Mat Dani. Mps
B.Pharm (Hons) USM RPH 1779

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 546  tetamu dalam talian