15November2018

Hanya tinggal RM76 sahaja...

Rakyat Malaysia berbelanja lebih dalam perbelanjaan rumah tangga pada 2016, dengan mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 mempunyai lebihan pendapatan hanya RM76.

Menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan didapati berbelanja lebih dalam perbelanjaan isi rumah pada 2016, sekali gus mengurangkan pendapatan boleh guna mereka.

KRI dalalam laporannya mengenai "Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza" melaporkan bahawa purata perbelanjaan isi rumah pada 2016 adalah RM4,033, meningkat daripada RM1,161 pada 1993.

Dalam sorotannya terhadap isu berkenaan, laporan itu menyatakan bahawa pada 2016, isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,000 telah membelanjakan 94.8 peratus dari pendapatan mereka untuk barangan pengguna, meningkat dari 91.9 peratus dari pendapatan mereka pada 2014.

Manakala, isi rumah yang berpendapatan atas RM15,000 sebulan hanya membelanjakan 45 peratus dari pendapatan mereka pada 2016, iaitu peningkatan dari 41 peratus daripada pendapatan mereka yang dibelanjakan pada 2014.

“Median pendapatan isi rumah pada 2016 ialah RM5,288, manakala kira-kira 67 peratus daripadanya dibelanjakan bagi perbelanjaan isi rumah, meningkat dari 65.1 peratus pada 2014,” kata laporan itu.

Laporan itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Menurutnya, lebihan pendapatan selepas ditolak perbelanjaan telah berkurangan bagi semua peringkat pendapatan.

"Apa yang membimbangkan ialah bagi isi rumah berpendapatan bawah RM2,000, pendapatan yang masih berbaki selepas mengambil kira inflasi hanyalah RM76 pada 2016, berkurangan daripada RM124 pada 2014.

“Ia berpotensi mendedahkan isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,000 kepada apa-apa kejutan ekonomi atau kecemasan.

“Antara tahun 2014 dan 2016, isi rumah dengan jumlah pendapatan bawah RM5,000 kurang berbelanja untuk makanan walaupun lebih banyak wang dikeluarkan bagi maksud itu disebabkan kadar inflasi harga makanan yang tinggi,” katanya.-16/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1208  tetamu dalam talian