23Oktober2017

Hadi Awang tiup semboyan kumpulkan ahli PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli PAS supaya hadir ke Fastaqim 2.0 bagi mempertahankan Islam dan menyelamatkan negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden parti Islam itu berkata negara kini dihimpit dengan sikap chauvinis dan perkauman sempit oleh parti-parti tertentu.

“Pendekatan kita adalah menyatukan kepelbagaian kaum berkonsepkan masyarakat madani dengan menghormati hak Islam untuk diamalkan dan memberi jaminan keadilan untuk masyarakat bukan Islam serta menentang sikap chauvinis dan perkauman sempit yang diamalkan oleh parti-parti tertentu.”

“Gelombang Hijau yang dibawa oleh PAS adalah gelombang kebangkitan rakyat bersama PAS untuk kembali mempertahankan Islam dan menyelamatkan negara dengannya,” katanya.

“Maka dengan ini, saya menyeru seluruh ahli PAS di segenap peringkat dan pelosok negeri, kawasan dan cawangan untuk hadir ke Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Terengganu pada 29 hingga 30 September 2017 bagi menunaikan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam dan keazaman untuk menyelamatkan negara tercinta ini,” tambah beliau.

Himpunan itu juga akan mengadakan sesi munajat perdana agar pindaan kepada Akta Mahkamah Shariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang juga dikenali sebagai Akta 355 diluluskan.

Fastaqim bermaksud kebangkitan dalam bahasa Arab. Parti Islam turut berharap akan  menghimpunkan 200,000 ahli dari seluruh negara.

“Semoga segala pengorbanan untuk perjuangan Islam dan usaha bagi memastikan kemenangannya diberi ganjaran setimpal di sisi Allah SWT. Saya mendoakan para peserta selamat dalam perjalanan dan memandu berhati-hati  di jalan raya dengan penuh berhemah,” jelas Hadi lagi.-25/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 727  tetamu dalam talian