15November2018

DAP hina Melaka - lakonan yang mengalahkan Bollywood...

Pertama sekali, saya tidak memahami keperluan untuk tergesa-gesa memberi penghargaan kepada ahli ahli Yang Berhormat baru yang  belumpun  mempunyai sejarah perkhidmatan kepada negara. Namun itu adalah hak pemerintah Negeri.

2. Saya dapat membaca kemungkinan  mengapa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong enggan menyambut perayaan ulang tahun rasmi baginda di Istana Negara baru baru ini, mungkin kerana takut untuk tunduk kepada cadangan untuk menganugerah darjah atau pingat kepada subjek yang belum layak.

3. Walau bagaimanapun, di Melaka, boleh jadi Pejabat TYT Yang DiPertua Negeri ingin memberi penghormatan kepada  Rakyat dengan menganugerah darjah dan pingat kepada yang mereka telah mengundi menjadi ahli kerajaan negeri baru-baru ini.

4. Bagaikan seorang dramatis, YB Encik Lim Guan Eng cuba mengambil nama untuk partinya dengan menegur orang bawahannya secara terbuka kerana menerima darjah darjah tersebut, dan dengan teguran itu secara tidak langsung telah menghina Pejabat TYT Yang DiPertua Negeri dengan menggambarkan seolah olah keputusan itu dibuat terburu buru  tanpa menimbang tempoh jasa, yang di anggap terlalu awal dalam penggal perkhidmatan mereka.

5. Seni lakonan ini amat tinggi.

6. Setelah memegang peranan sebagai pemimpin dalam kerajaan yang baru, Encik Lim boleh mengeluarkan memo tegas kepada ahli partinya untuk secara senyap dan dengan penghormatan yang tinggi menolak tawaran oleh pemerintah tertinggi di mana-mana Negeri dalam keadaan sedemikian.

7. Sebaliknya, beliau membiarkan mereka menjalani segala proses tersebut supaya kemudiannya dapat beliau menegur secara terbuka dan secara tidak langsung menyentuh keputusan pejabat tertinggi negeri itu.

8. Daripada menggunakan nama Almarhum Tun Ghafar Baba untuk membeli jiwa orang Melayu untuk membuktikan maksudnya, beliau boleh menggunakan bapa dan dirinya sendiri sebagai contoh terbaik bagi mereka yang kekal sebagai Encik sehingga bersara atau mati, yang mana sampai dahulu.

9. Saya harap perbuatan ini menjadi pengajaran tegas kepada semua Ketua-ketua Negeri supaya usaha murni mereka itu tidak disalah tafsir oleh rakyat sebagai keinginan untuk menghampu pemimpin-pemimpin kerajaan baru negeri masing masing.

10. Lakonan ini akan berterusan selagi ada penagih penagih drama yang “membeli tiket” di luar sana.

11. Seperti yang diketahui umum, pelakon adalah personaliti yang berpura-pura di panggung atau pentas dengan agenda cerita tersendiri. Jika penagih drama semuanya menganggap seolah2 karakter pelakon itu hidup di luar pentas, maka tertipulah semua hingga ke akhir hayat mereka.

Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat.
Bekas ADUN Kempas N47 (2013-2018).
Johor.

15hb Oktober 2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 249  tetamu dalam talian