15Disember2017

Bumiputera perlu buang mentaliti ‘semuanya perlu disuap’

Tanggapan kononnya kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyumbang kepada pemerkasaan agenda bumiputera adalah silap sama sekali.

Sebaliknya, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib menyifatkan sumbangan daripada aspek agenda bumiputera oleh kerajaan hari ini sebagai jauh lebih baik.

“Dulu hanya ada satu kementerian sahaja yang memfokus kepada pembangunan usahawan bumiputera tetapi hari ini terdapat berpuluh agensi di bawah pelbagai kementerian yang menyalurkan peruntukan untuk program pemerkasaan agenda bumiputera,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Khusairi yang juga ADUN Slim berkata, tidak adil untuk membuat perbandingan hasil agenda bumiputera yang dilaksanakan pemimpin terdahulu dengan sekarang.

Katanya, dulu bantuan disalurkan kepada pihak dikenali atau mempunyai hubungan baik dengan pemimpin tetapi hari ini pembiayaan dan projek diberikan kepada usahawan serta syarikat diyakini bukan hanya layak ke­rana merit sebagai bumiputera tetapi kualiti ditampilkan.

Sementara itu, N­ib Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza berkata, mentaliti ‘semuanya perlu disuap’ oleh kerajaan yang masih wujud dalam ka­langan segelintir usa­hawan dan syarikat bumiputera wajar dibuang segera.

Beliau yang menegur perkara itu ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu berkata, mentaliti seum­pama itu menjadi salah satu punca mengapa usahawan dan syarikat bumiputera tidak mampu untuk terus berkembang secara positif.

Menurutnya, perkara itu juga menyebabkan wujud persepsi negatif terhadap Unit Perancang Ekonomi Bumiputera (Teraju) dan timbul dakwaan kononnya kerajaan hari ini tidak membantu orang Melayu dalam agenda bumiputera.

“Apabila mohon pembiayaan ataupun projek tetapi kertas kerja tidak cantik, tidak diterima, mereka jadi marah. Itu yang timbul isu kononnya kerajaan tidak bantu agenda bumiputera.

“Kita perlu ada daya keusahawanan, saya fikir mereka ini semuanya nak ber­suap, kita kena ada inisiatif. Pokok pangkalnya usahawan perlu berusaha, belum cuba sudah ada persepsi negatif terhadap Teraju,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi.-30/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1120  tetamu dalam talian