20Mei2018

Bagaimana mahu tambah perbelanjaan tapi hapus GST...?

Tun Mahathir Mohamad perlu memberi penjelasan secara terperinci kepada rakyat bagaimana beliau mahu menambah perbelanjaan kerajaan tetapi mahu menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, dalam situasi pendapatan kerajaan akan berkurangan, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga mahu mengembalikan subsidi yang telah ditarik balik oleh kerajaan ketika ini.

Katanya, melalui sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini, sebanyak RM14 bilion telah dikutip oleh kerajaan pada 2014 berbanding RM41 bilion dan RM44 bilion melalui GST pada 2016 dan tahun lalu.

“Terdapat kekurangan pendapatan antara RM27 dan RM30 bilion jika GST digantikan kepada SST semula. Keadaan menjadi lebih buruk apabila harga minyak dunia jatuh yang menyaksikan hasil negara daripada petroleum hanya sebanyak RM30. 1 bilion pada 2016 berbanding RM66 bilion pada 2014.

“Jadi bagaimana dia kata mahu berbelanja lebih jika pada masa sama pendapatan berkurangan? Hanya yang tidak berfikir secara rasional akan menerima penipuan seperti ini,” katanya.

Lokman berkata, GST yang diperkenalkan pada 2016 berjaya menyelamatkan negara daripada terjerumus ke dalam kancah ketidaktentuan ekonomi yang berpunca daripada kejatuhan harga minyak dunia secara mendadak.

“Hasil sumber pendapatan utama negara iaitu petroleum yang telah merosot kira-kira RM35.9 bilion setahun hanya dalam tempoh dua tahun (2014-2016) telah dapat ditampung sebahagian besarnya melalui GST dan rasionalisasi subsidi.

“Sebenarnya inilah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau menyatakan bahawa GST telah menyelamatkan negara,” ujarnya.-12/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 708  tetamu dalam talian